Showing posts with label viral. Show all posts
Showing posts with label viral. Show all posts

Saturday, 8 September 2018

Gadis Sabah Mirip Patung Barbie Tular Di Media Sosial.


Gadis cantik yang mempunyai beribu pengikut di aplikasi tiktok dan Instagram ini menjadi tular beberapa hari ini. Dia yang dikenali sebagai Amanda sering memuat naik video di Aplikasi Tiktok mungkin untuk sekadar hiburan sering dipuji dengan kecantikannya dan kadang kala dikecam oleh segelintir indvidu.

Gadis kacukan Sabah dan Filipina ini menetap di Johor sering menerima jolokan sebagai Barbie Malaysia kerana memiliki bentuk wajah iras patung permainan itu.

Lelaki sememangnya suka melihat perempuan yang cun, comel, lawa dan cantik. Tambahan lagi perempuan yang berkulit putih gebu dan bermuka licin. Walaupun kecantikan itu adalah subjektif, tapi mesti ada kan ciri-ciri yang sememangnya orang suka tengok. Bukan lelaki nak ejas atau nak buat bini memang tak dinafikan perempuan berwajah cantik memang lelaki suka tengok, tapi bukan semua berkenan nak buat bini. Sekadar suka memandang dan ingin memiliki adalah dua perkara berbeza.

Koleksi gambar serta nama samaran di aplikasi Tiktok beliau diakhir artikel:




Kredit Gambar: Amanda

Sumber

Thursday, 8 March 2018

(Video) Pemandu Wira Bernombor WKF 5472 Dicari Gara-gara Cuai Dan Nyaris Mengilis Seorang Ibu Dan Bayinya.


Insiden yang berlaku pada jam 5.42 petang Selasa di Jalan Kulim, Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu dirakam seorang pemandu lain sebelum ia dikongsikan menerusi akaun Facebooknya.

Menurut saksi kejadian, mangsa yang sedang menunggang motosikal bersama bayinya sedang berada di bahagian kiri jalan sebelum tiba-tiba digesel sebuah kereta Proton Wira dari arah sama.

Insiden itu menyebabkan mangsa terjatuh sehingga terseret, malah topi keledar yang dipakai turut tercabut.

Mujur saksi sempat mengelak daripada melanggar mangsa dan dia kemudian berhenti di tempat kejadian.

Pemandu Proton Wira itu pula pada mulanya dilihat berhenti di bahu jalan, namun sumber mendakwa pemandu kereta bernombor plat WKF 5472 itu kemudiannya menghilangkan diri tidak lama selepas itu.


Kedua-dua mangsa kemudian dibantu oleh orang awam sebelum dihantar ke hospital berhampiran dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan rawatan.



Sementara itu netizen di media sosial mengingatkan agar para penunggang motosikal sentiasa berhati-hati dan sentiasa mengikat kemas topi keledar bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Pemandu kereta juga usah memandu terlalu rapat dengan motosikal kerana sebarang pergeselan yang berlaku boleh menyebabkan penunggang terbabas dan hilang kawalan sehingga menyebabkan kemalangan.


Loading...

(Video) Sungguh Ngeri Tak Sanggup Tengok. Suami Tetak Isteri Bertubi-tubi Sebelum Bawa Lari.


Seorang wanita diseret dan ditetak menggunakan parang panjang oleh suaminya sebelum dibawa lari dalam kejadian di hadapan sebuah kilang elektronik di Taman Klang Jaya, Klang di sini hari ini.

Kejadian yang dipercayai akibat cemburu itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi dan mangsa, P. Komathi, 42, hingga kini masih belum ditemukan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan laporan polis yang dibuat anak perempuan mangsa berusia 13 tahun, ayahnya N. Somoo, 37, bersama rakannya yang dikenali sebagai Mogan telah pergi ke tempat kerja mangsa.

Ayah pengadu telah mengheret ibu pengadu dan memaksanya masuk ke dalam kereta Proton Satria berwarna biru dengan nombor pendaftaran BFV 8384 sambil menetaknya menggunakan parang sebelum membawanya lari.

Sehingga kini pengadu tidak tahu ke mana ayah pengadu membawa lari ibunya kerana suspek tidak dapat dihubungi dan polis sedang berusaha untuk mengesan mangsa serta suspek,” katanya di sini hari ini.

Insiden tersebut turut tular di laman sosial selepas dimuat naik di Facebook dengan berdurasi 2 minit 34 saat.

Klik video dibawah:


Loading...

Friday, 2 March 2018

Tular Bayi Kembar Hanya Berkepala Dan Tidak Memiliki Badan.


TAWAU; 02 MARCH 2018 (Jumaat) - Menakjubkan bayi kembar yang lahir awal pagi tadi di Kampung Batu-4, Jalan Apas, Tawau, dengan salah seorang bayi kembar tersebut hanya memiliki kepala dan tidak memiliki badan. Manakala pasangan kembarnya lahir cukup sifat dan memiliki fizikal yang normal dan berjantina perempuan.

Walaubagaimanapun, bayi kembar tidak memiliki badan berkenaan tidak dapat dipastikan samada hidup atau telah meninggal dunia, begitu juga jantinanya tidak dapat ditentukan memandangkan bayi berkenaan tidak memiliki badan.

Anak ke-10 lahir, bayi kembar tidak memiliki badan tersebut tular di laman sosial facebook sejak pukul 11 pagi tadi dan kru rtm berkesempatan bertemu ibu bayi kembar berkenaan.




Tunggu kisah dan cerita selanjutnya dari BES TAWAUfm.

Sumber

Wednesday, 14 February 2018

'Kalau Tuhan Nak Tunjuk, Kejap Je!' - Dugaan Bertunang, Jaga Hati, Jaga Mata Bila Dah Terikat.


Sebuah kemalangan dilaporkan telah berlaku lewat petang semalam di jalan turun dari Cameron Highland ke Simpang Pulai.

Seorang dilaporkan nazak (update telah meninggal dunia) manakala 3 lagi cedera agak parah.

Mangsa yang terlibat berdasarkan IC 3 orang warga Pulau Pinang dan sorang Kulim. Mangsa-mangsa dibawa ke hospital Ipoh untuk menerima rawatan lanjut.

Gambar-gambar sekitar kejadian kemalangan





Apa yang menjadi isu adalah apabila tunang daripada seorang mangsa kemalangan (pemilik kereta) tampil memberi kenyataan yang mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada semua khususnya yang telah mengikat tali pertunangan.

"Saya tunang kepada mangsa.."


"Tuhan nak tunjuk, sat jaa.."


Antara komen-komen netizen





Sumber

Monday, 12 February 2018

[Viral] Susu Dutch Lady Baby Kod 102 Adalah Tiruan Dan Palsu.


Menerusi laman sosial tular mengenai aduan ibu yang mendakwa bayinya mengalami cirit birit dan demam panas serta ruam teruk selepas memberikan anaknya susu tepung Dutch Baby. Tambah ibu berkenaan, sudah bertahun beliau menggunakan susu jenama Dutch Baby.

Namun kali ini ada sesuatu tidak kena pada pembungkusan produk Dutch Baby yang dibelinya berbanding sebelum ini disebuah pasaraya terkemuka. Tambahnya lagi, susu Dutch Baby yang dibelinya kebiasaannya bermula dengan Kod 101 manakala yang baru dibeli bermula dengan kod 102.

Sila rujuk packaging dibawah ternyata ada sedikit berbeza antara susu rumusa Dutch Baby Kod 102 dengan Kod 101 (Original). Difahamkan beberapa kes susulan turut dilaporkan pada bayi yang lain selepas minum Dutch Baby kod 102.

Gambar Perbezaan Susu Dutch Lady Kod 101 (Original) Vs Kod 102 (Palsu)





Aduan Anak Cirit Birit Dan Deman Panas Lepas Minum Susu Dutch Baby.




Lagi Aduan Anak Cirit Birit Lepas Minum Susu Dutch Lady.


Saturday, 3 February 2018

(Video) Awek Mendendangkan Lagu Sambil Riba Kekasih Teruk Kena Caci Hamun.


Viral di laman sosial twitter apabila seorang gadis menyanyi untuk teman lelakinya yang sedang tidur di atas riba gadis tersebut. Video tersebut menjadi viral dan dikutuk teruk oleh netizen kerana dikatakan gadis tersebut terpengaruh dengan cerita cerita indah yang ditayangkan di TV dan media pada hari ini.

Gadis tersebut tidak dikenali asal usulnya dikutuk sebagai “budak wechat” kerana mendendangkan lagu kepada teman lelakinya yang tidur dicelah peha sambil dirakam oleh kawan kawannya. Teman lelaki gadis tersebut hanya tidur dengan lena sambil mendengar nyanyian gadis tersebut.

Netizen melemparkan berbagai komen kutukan kepada video tersebut sebagai tidak matang dan sebagainya. Gadis tersebut juga dikutuk teruk kerana melakukan hal sedemikan walaupun bertudung dan mencemarkan imej islam. Video tersebut disebarkan oleh seorang lelaki yang popular di laman sosial twitter yang bergelar ‘Anep’ yang menggunakan nama samaran sebagai BRGSJKS di laman twitter.

Video tersebut menjadi viral dan mendapat ribuan retweet dari pengguna media sosial dan juga mendapat ratusan komen kecaman yang dilemparkan kepada gadis muda tersebut.


Loading...