Showing posts with label viral. Show all posts
Showing posts with label viral. Show all posts

Saturday, 8 September 2018

Gadis Sabah Mirip Patung Barbie Tular Di Media Sosial.


Gadis cantik yang mempunyai beribu pengikut di aplikasi tiktok dan Instagram ini menjadi tular beberapa hari ini. Dia yang dikenali sebagai Amanda sering memuat naik video di Aplikasi Tiktok mungkin untuk sekadar hiburan sering dipuji dengan kecantikannya dan kadang kala dikecam oleh segelintir indvidu.

Gadis kacukan Sabah dan Filipina ini menetap di Johor sering menerima jolokan sebagai Barbie Malaysia kerana memiliki bentuk wajah iras patung permainan itu.

Lelaki sememangnya suka melihat perempuan yang cun, comel, lawa dan cantik. Tambahan lagi perempuan yang berkulit putih gebu dan bermuka licin. Walaupun kecantikan itu adalah subjektif, tapi mesti ada kan ciri-ciri yang sememangnya orang suka tengok. Bukan lelaki nak ejas atau nak buat bini memang tak dinafikan perempuan berwajah cantik memang lelaki suka tengok, tapi bukan semua berkenan nak buat bini. Sekadar suka memandang dan ingin memiliki adalah dua perkara berbeza.

Koleksi gambar serta nama samaran di aplikasi Tiktok beliau diakhir artikel:




Kredit Gambar: Amanda

Sumber

Thursday, 8 March 2018

(Video) Pemandu Wira Bernombor WKF 5472 Dicari Gara-gara Cuai Dan Nyaris Mengilis Seorang Ibu Dan Bayinya.


Insiden yang berlaku pada jam 5.42 petang Selasa di Jalan Kulim, Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu dirakam seorang pemandu lain sebelum ia dikongsikan menerusi akaun Facebooknya.

Menurut saksi kejadian, mangsa yang sedang menunggang motosikal bersama bayinya sedang berada di bahagian kiri jalan sebelum tiba-tiba digesel sebuah kereta Proton Wira dari arah sama.

Insiden itu menyebabkan mangsa terjatuh sehingga terseret, malah topi keledar yang dipakai turut tercabut.

Mujur saksi sempat mengelak daripada melanggar mangsa dan dia kemudian berhenti di tempat kejadian.

Pemandu Proton Wira itu pula pada mulanya dilihat berhenti di bahu jalan, namun sumber mendakwa pemandu kereta bernombor plat WKF 5472 itu kemudiannya menghilangkan diri tidak lama selepas itu.


Kedua-dua mangsa kemudian dibantu oleh orang awam sebelum dihantar ke hospital berhampiran dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan rawatan.



Sementara itu netizen di media sosial mengingatkan agar para penunggang motosikal sentiasa berhati-hati dan sentiasa mengikat kemas topi keledar bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Pemandu kereta juga usah memandu terlalu rapat dengan motosikal kerana sebarang pergeselan yang berlaku boleh menyebabkan penunggang terbabas dan hilang kawalan sehingga menyebabkan kemalangan.


Loading...

(Video) Sungguh Ngeri Tak Sanggup Tengok. Suami Tetak Isteri Bertubi-tubi Sebelum Bawa Lari.


Seorang wanita diseret dan ditetak menggunakan parang panjang oleh suaminya sebelum dibawa lari dalam kejadian di hadapan sebuah kilang elektronik di Taman Klang Jaya, Klang di sini hari ini.

Kejadian yang dipercayai akibat cemburu itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi dan mangsa, P. Komathi, 42, hingga kini masih belum ditemukan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan laporan polis yang dibuat anak perempuan mangsa berusia 13 tahun, ayahnya N. Somoo, 37, bersama rakannya yang dikenali sebagai Mogan telah pergi ke tempat kerja mangsa.

Ayah pengadu telah mengheret ibu pengadu dan memaksanya masuk ke dalam kereta Proton Satria berwarna biru dengan nombor pendaftaran BFV 8384 sambil menetaknya menggunakan parang sebelum membawanya lari.

Sehingga kini pengadu tidak tahu ke mana ayah pengadu membawa lari ibunya kerana suspek tidak dapat dihubungi dan polis sedang berusaha untuk mengesan mangsa serta suspek,” katanya di sini hari ini.

Insiden tersebut turut tular di laman sosial selepas dimuat naik di Facebook dengan berdurasi 2 minit 34 saat.

Klik video dibawah:


Loading...

Friday, 2 March 2018

Tular Bayi Kembar Hanya Berkepala Dan Tidak Memiliki Badan.


TAWAU; 02 MARCH 2018 (Jumaat) - Menakjubkan bayi kembar yang lahir awal pagi tadi di Kampung Batu-4, Jalan Apas, Tawau, dengan salah seorang bayi kembar tersebut hanya memiliki kepala dan tidak memiliki badan. Manakala pasangan kembarnya lahir cukup sifat dan memiliki fizikal yang normal dan berjantina perempuan.

Walaubagaimanapun, bayi kembar tidak memiliki badan berkenaan tidak dapat dipastikan samada hidup atau telah meninggal dunia, begitu juga jantinanya tidak dapat ditentukan memandangkan bayi berkenaan tidak memiliki badan.

Anak ke-10 lahir, bayi kembar tidak memiliki badan tersebut tular di laman sosial facebook sejak pukul 11 pagi tadi dan kru rtm berkesempatan bertemu ibu bayi kembar berkenaan.




Tunggu kisah dan cerita selanjutnya dari BES TAWAUfm.

Sumber

Wednesday, 14 February 2018

'Kalau Tuhan Nak Tunjuk, Kejap Je!' - Dugaan Bertunang, Jaga Hati, Jaga Mata Bila Dah Terikat.


Sebuah kemalangan dilaporkan telah berlaku lewat petang semalam di jalan turun dari Cameron Highland ke Simpang Pulai.

Seorang dilaporkan nazak (update telah meninggal dunia) manakala 3 lagi cedera agak parah.

Mangsa yang terlibat berdasarkan IC 3 orang warga Pulau Pinang dan sorang Kulim. Mangsa-mangsa dibawa ke hospital Ipoh untuk menerima rawatan lanjut.

Gambar-gambar sekitar kejadian kemalangan





Apa yang menjadi isu adalah apabila tunang daripada seorang mangsa kemalangan (pemilik kereta) tampil memberi kenyataan yang mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada semua khususnya yang telah mengikat tali pertunangan.

"Saya tunang kepada mangsa.."


"Tuhan nak tunjuk, sat jaa.."


Antara komen-komen netizen





Sumber

Monday, 12 February 2018

[Viral] Susu Dutch Lady Baby Kod 102 Adalah Tiruan Dan Palsu.


Menerusi laman sosial tular mengenai aduan ibu yang mendakwa bayinya mengalami cirit birit dan demam panas serta ruam teruk selepas memberikan anaknya susu tepung Dutch Baby. Tambah ibu berkenaan, sudah bertahun beliau menggunakan susu jenama Dutch Baby.

Namun kali ini ada sesuatu tidak kena pada pembungkusan produk Dutch Baby yang dibelinya berbanding sebelum ini disebuah pasaraya terkemuka. Tambahnya lagi, susu Dutch Baby yang dibelinya kebiasaannya bermula dengan Kod 101 manakala yang baru dibeli bermula dengan kod 102.

Sila rujuk packaging dibawah ternyata ada sedikit berbeza antara susu rumusa Dutch Baby Kod 102 dengan Kod 101 (Original). Difahamkan beberapa kes susulan turut dilaporkan pada bayi yang lain selepas minum Dutch Baby kod 102.

Gambar Perbezaan Susu Dutch Lady Kod 101 (Original) Vs Kod 102 (Palsu)





Aduan Anak Cirit Birit Dan Deman Panas Lepas Minum Susu Dutch Baby.




Lagi Aduan Anak Cirit Birit Lepas Minum Susu Dutch Lady.


Saturday, 3 February 2018

(Video) Awek Mendendangkan Lagu Sambil Riba Kekasih Teruk Kena Caci Hamun.


Viral di laman sosial twitter apabila seorang gadis menyanyi untuk teman lelakinya yang sedang tidur di atas riba gadis tersebut. Video tersebut menjadi viral dan dikutuk teruk oleh netizen kerana dikatakan gadis tersebut terpengaruh dengan cerita cerita indah yang ditayangkan di TV dan media pada hari ini.

Gadis tersebut tidak dikenali asal usulnya dikutuk sebagai “budak wechat” kerana mendendangkan lagu kepada teman lelakinya yang tidur dicelah peha sambil dirakam oleh kawan kawannya. Teman lelaki gadis tersebut hanya tidur dengan lena sambil mendengar nyanyian gadis tersebut.

Netizen melemparkan berbagai komen kutukan kepada video tersebut sebagai tidak matang dan sebagainya. Gadis tersebut juga dikutuk teruk kerana melakukan hal sedemikan walaupun bertudung dan mencemarkan imej islam. Video tersebut disebarkan oleh seorang lelaki yang popular di laman sosial twitter yang bergelar ‘Anep’ yang menggunakan nama samaran sebagai BRGSJKS di laman twitter.

Video tersebut menjadi viral dan mendapat ribuan retweet dari pengguna media sosial dan juga mendapat ratusan komen kecaman yang dilemparkan kepada gadis muda tersebut.


Loading...

Hanya Kerana Nombor 3, Budak Tadika Ini Ditampar Gurunya. Akibatnya, Ngeri Betul...!!!

Duh, kenapa begitu sekali? Kasiannya!


Namanya sudah kanak-kanak, munasabah jika tulisan tangan mereka agak buruk, namanya juga proses belajar. Guru hanya memaksimumkan potensi mereka dan menyediakan latihan yang betul supaya dapat memperbaiki tulisan tangan mereka.

Untuk budak berumur 5 tahun, sebenarnya tidak perlu baik. Penulisan boleh dibaca oleh orang lain sudah kira untung, tidak semestinya baik. Namanya masih budak ingusankan. Setuju?

Bekas tamparan guru.

Tapi pemikiran ini tidak berlaku kepada guru Malaysia ini. Daripada memahami dan meningkatkan keupayaan untuk menulis kanak-kanak dengan cara yang baik, dia pula memukul kanak-kanak itu kerana tidak boleh menulis nombor 3 dengan sempurna.

Dilaporkan dalam World of Buzz , budak berusia 5 tahun telah dipukul oleh gurunya di muka kerana dia tidak dapat menulis 3 dengan sempurna. Apabila dilihat dari gambar-gambar yang dikongsikan di ruang maya, budak itu menulis nombor 3 dengan sedikit lubang di tengah.

Rasanya memang baik untuk budak berusia 5 tahun!

Kejadian itu berlaku di sebuah tadika yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia, pada 23 Januari lalu. Pada masa itu, ibu budak itu melihat wajah anaknya calar selepas sekolah.

Pada mulanya, ibunya menuduh anaknya nakal di sekolah atau bergaduh dengan rakan-rakannya. Tetapi selepas ditanya, budak itu menjelaskan bahawa dia dipukul oleh gurunya kerana angka 3 yang ditulisnya tidak sempurna, bukan kerana kerosakannya.

Mendengar cerita, ibu budak itu terus ke tadika untuk meminta penjelasan dari sekolah, dan guru mengakui bahawa dia memang memukul anaknya dengan menggunakan telapak tangan (tamparan).

Di samping itu, guru itu juga mengaku jika dia terpaksa memukul budak itu kerana dia tidak memberi perhatian kepada pengajaran yang dibuatnya, bukan kerana tulisan tangannya buruk.

Sepakat untuk menyelesaikan masalah ini secara kekeluargaan!!!

Selepas rundingan, pihak tadika dan ibu akhirnya bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini secara kekeluargaan. Ibu budak tersebut memilih untuk memindahkan anaknya ke tadika lain dengan meminta bayaran balik penuh yuran sekolah yang telah dibayar.

Bagaimana pendapat anda? Perlukah guru tersebut dikekalkan disana atau dibuang saja?

Loading...

Tuesday, 26 December 2017

(Video) Remaja Ini Mendapat Gelaran Manusia Burung Hantu Kerana Keunikannya.


Setiap orang memiliki ciri-ciri fizikal yang berbeza-beza. Mereka memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing di dalam diri. Ini sebuah video tentang seorang remaja yang viral di media sosial baru-baru ini. Dalam rakaman tersebut, remaja lelaki ini duduk di sebuah kerusi dan kelihatan membelakangi kamera. Dia mengenakan pakaian bergaris warna oren hitam yang dipadankan dengan seluar denim.

Remaja berusia 14 tahun ini bernama Muhammad Sameer dan berasal dari Karachi, Pakistan. Sekilas pandang dia cuma seorang remaja yang biasa-biasa saja. Tiada yang aneh dalam penampilannya. Namun, satu kejadian mengejutkan tiba-tiba terjadi.

Dia memegang kepalanya dengan kedua tangan, lalu memutarkan kepalanya ke belakang sebanyak 180 darjah. Posisi badan Sameer masih membelakangi, tapi wajahnya kini melihat ke arah yang berlawanan.

Muhammad Sameer memutar kepalanya 180 darjah. 

Kemampuannya ini membuat Sameer digelar sebagai manusia burung hantu dimana kebolehanyanya ini tak didapati secara semulajadi. Kejadian bermula ketika dia melihat sebuah filem horor semasa usianya masih 6 atau 7 tahun.

“Saya melihat aktor filem horor Hollywood memutar kepalanya untuk melihat ke belakang. Merasa takjub dengan kemampuan tersebut, saya pun mulai berlatih. Dalam beberapa bulan, saya mampu melakukannya,” kata Sameer pada Daily Mail.

Ada kejadian unik tentang kemampuan Sameer ini.

“Ibu pernah menampar ketika melihat saya melakukan perbuatan ini. Dia memberi amaran supaya saya tidak melakukannya lagi kerana bimbang akan mencederakan leherku sendiri," katanya lagi.



Tapi, dengan peredaran masa, dia sedar bahawa ini adalah bakat dari Tuhan. Berbekal kemampuannya ini, Sameer memasang impian untuk jadi aktor filem horor Hollywood.

Sameer yang telah berhenti dari sekolah dan mulai bergabung dengan kumpulan penari, Dangerous Boy.

Dia bekerja mengumpulkan wang untuk membantu perbelanjaan keluarga setelah ayahnya sakit.

“Saya bekerja untuk membantu keluarga supaya 4 adik dapat bersekolah,” katanya.

Meskipun kelihatan amat mengerikan, Sameer memiliki beberapa peminat setia.

Terbaru, Sameer terus berlatih kemampuan menari dan bersenam agar dapat pekerjaan yang lebih baik.

Loading...

Saturday, 23 December 2017

(Video) Wanita Ini Sedia Berkahwin Kontrak Tanpa Hantaran Dengan Syarat 'ANU' Si Lelaki Harus Lebih 4cm.


Dalam media sosial hari ini tidak terhad kepada hanya untuk berkongsi masa atau aktiviti pengguna seharian melalui foto dan video sahaja.

Tetapi sekarang media sosial juga digunakan sebagai salah satu media perniagaan, contohnya sebagai tempat untuk mempromosikan barangan.

Contoh seperti pakaian, makanan, kenderaan, dan sebagainya.

Tetapi seorang wanita dengan akaun FB bernama Ani Sumiati sebenarnya mempromosikan sesuatu yang lain.

Dimuatnaik pada 18 Disember, Ani menyiarkan video seorang wanita yang sanggup berkahwin secara kontrak.

Wanita dalam video dengan berambut perang dilihat bercakap di hadapan kamera.

Wanita yang dikenali sebagai Siti Amiza Baharudin nampaknya mencari lelaki berumur 28 tahun ke atas.

Bukan untuk perkahwinan selama-lamanya, tetapi dia menawarkan perkahwinan kontrak satu tahun dengan syarat yang menakjubkan.

Dia tidak meminta apa-apa mas kahwin, tetapi dia mahu lelaki itu mempunyai aset peribadi lebih daripada 4 cm.

'Is Jaman nowww
Ini bukan kejuruteraan atau mitos
Ini realiti alias nyata
Di cari lelaki 28 keatas untuk di jadikan suami
syaratnya harus punya barang lebih dari 4cm
Tp hanya dlm 1thun
Perkara ini tdk di pungut bayaran apapun
Malah akan di beri duit hantaran 20k
Kahwin kontrak siapa mau pm kk #SitiAmizaBaharudin
cepet2 dan tag rakan anda'
, tulis Ani Sumiati sebagai caption video yang dia muat naik tersebut.

Video ini terus menjadi tular dan membuat netizens teruja, hingga ke hari ini video tersebut telah ditonton lebih daripada 702 ribu dan dikongsikan lebih 3000 kali.


Loading...