Showing posts with label selebriti. Show all posts
Showing posts with label selebriti. Show all posts

Sunday, 29 July 2018

Anak Rosmah, Suami Naik Pelamin Buat Kali Kedua November Ini.


Setelah 11 tahun berkahwin, anak Datin Rosmah Mansor dan suaminya akan naik pelamin sekali lagi pada November ini.

Menantunya Datuk Fazley Yaakob berbuat demikian bagi meraikan keluarga dan rakan yang tidak sempat hadir pada 2007, lapor mStar Online.

“Insya-Allah perancangannya bulan November depan kerana kami bernikah pada 7 November, mungkin dalam minggu itu.

“Persiapan sudah dirancang atas kertas cuma belum secara fizikal.

“Tapi ia bergantung juga kepada jadual saya dan isteri serta selesaikan urusan anak-anak dulu,” kata penyanyi dan cef selebriti itu.

Perkahwinan Datin Azrene Soraya Abdul Aziz, anak daripada suami pertama Rosmah, dilaporkan tidak mendapat restu wanita tersebut.

Dalam beberapa isu politik nasional kemudiannya, Azrene juga pernah mengkritik secara terbuka Rosmah dan abangnya Riza Abdul Aziz.

Isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan anak lelakinya itu sering dikaitkan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kedua-duanya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bercakap kepada portal itu, Fazley juga mendedahkan majlis persandingan nanti untuk meraikan pengamal media yang tidak dapat hadir dulu.

“Dulu saya jemput 100 orang media ke majlis itu tapi lapan orang sahaja yang datang, malah ada yang datang itu diberhentikan kerja,” katanya.

Majlis itu juga janji yang pernah dibuat pada arwah bapanya Datuk Yaakob Mohammad, tambahnya, yang meninggal dua tahun lalu.


Pernah dilantik senator pada 2002, Yaakob juga bekas pegawai kerajaan yang dilantik setiausaha kerja Barisan Nasional antara 1991 hingga 2009.

Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata, yang berusia antara tujuh bulan hingga sembilan tahun.

Sumber

Wednesday, 14 March 2018

Wajah Saya Semuanya Ori & Bukannya Plastik - Nadiya Shahab.


Lafazkan Kalimah Cintamu, Drama yang tengah meletup sekarang ni, jika anda menontonnya pasti ramai tertanya-tanya siapa pelakon cantik yang memiliki wajah seperti patung Barbie.

Pelakon dan pengacara Nadiya Shahab sebelum ini pernah membintangi beberapa drama televisyen seperti En Suami Mat Salih Celup dan Mr Hijab.

Memiliki darah kacukan Arab dan Jawa, ada pihak mendakwa kecantikan yang dimiliki oleh Nadiya adalah hasil pembedahan plastik.


Namun, Nadiya menafi sekeras-kerasnya dan rupa parasnya adalah asli dan tidak diubah.

“Saya tidak akan layan mana-mana persoalan mengenai raut wajah saya, sama ada asli atau sebaliknya.

“Semuanya asli dan ‘bukan plastik’ seperti dakwaan sesetengah orang,” jelasnya kepada Mingguan Malaysia.


Wajah yang cantik, bermata galak dan kulit putih gebu, pasti ramai yang tidak senang dan cemburu dengan kecantikan yang dimiliki oleh Nadiyah.

“Hanya kerana wajah saya kelihatan seperti seorang usahawan kosmetik tertentu, saya didakwa mengubah wajah asli. Padahal perkara itu tidak pernah wujud sama sekali,” ujarnya lagi.

Sumber

Wednesday, 7 March 2018

Bini ‘Muda’ Milik Datuk Jamal Abdillah.


Penyanyi Datuk Jamal Abdillah memperkenalkan isteri baharunya secara rasmi kepada umum.

Jamal, 59 memperkenalkan isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin ‘muda’ yang berusia 24 tahun yang dinikah pada 1 April, tahun lalu.

Izzati berasal dari Kulim, Kedah dan perkahwinan mereka diangsungkan di Ipoh, Perak.

Jamal yang tampil di majlis sidang media mengumumkan persembahannya sempena Minggu Setiausaha Bersama Dayang Nurfaizah petang tadi turut mendedahkan dia dan isteri hanya berkenalan selama dua bulan sahaja sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Urusan kahwin saya dan isteri dipermudahkan dan saya anggap ia sebagai anugerah dari Allah SWT pada saya.

“Saya dikurniakan isteri pada usia begini membuatkan saya amat menghargainya dan akan menjaganya sebaik yang mungkin meskipun jarak usia kami terlalu jauh,” katanya kepada media dipetik Astro AWANI.

Berkongsi tentang ciri isteri yang membuatkan dia jatuh hati, kata penyanyi yang dikenali sebagai Raja Pop ini, keperibadian Izzati yang lembut membuatkan dia tertarik.

Perkahwinan ini merupakan kali keempat buat Jamal yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Jamal mempunyai dua cahaya mata iaitu Osama Yamani, 17 tahun, daripada perkahwinan kedua dan Ahmad Zaki Yamani, 11 tahun, daripada perkahwinan ketiganya.

Loading...

Friday, 23 February 2018

Ibubapa Masuk Hospital, Abby Abadi Mohon Doa Dari Peminat.


Bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi memohon peminat mendoakan ibu bapanya agar terus kuat dan bertahan.

Menerusi laman Instagram milik Abby, bekas pelakon drama bersiri Gerak Khas itu memuatnaik foto ibu bapanya yang sedang berada di hospital.

“Ayah dan mak. Dua-dua kat hospital. Mohon doa kalian agar ayah dan mak kita terus kuat dan bertahan dengan ujian Allah ini ya,” tulis Abby.

Di ruangan komen, pengikut setia laman Instagram Abby mendoakan agar ibu bapa Abby diberikan kesembuhan.

Dalam masa yang sama, peminat juga turut mendoakan agar Abby sekeluarga tabah menempuh ujian yang diberikan Allah.

Loading...

Wednesday, 14 February 2018

Biodata Menarik Hael Husaini, Penyanyi Lagu Jampi.


Sebelum ini, industri seni hiburan Malaysia gempar seketika apabila duo popular iaitu Azhael yang dianggotai oleh Hael Husaini (Hael) dan Azhar mengambil keputusan untuk bergerak secara individu. Pengumuman itu dibuat menerusi Instagram Hael pada awal Februari 2017 lalu.

Untuk info, mereka berdua disatukan sebagai satu kumpulan ketika menyertai program Akademi Fantasia (AF) 2013 dan merangkul gelaran tempat kedua.

Kini, lagu solo terbaru nyanyian Hael Husaini iaitu Jampi telah menjadi popular dan seringkali diputarkan di corong-corong radio tempatan. Paling menarik, video muziknya ditonton sebanyak lebih 2 juta tontonan sejak dimuatnaik di YouTube pada 10 Februari 2017.
“Lagu ini mungkin berbeza dengan lagu-lagu lain kerana mesej yang ingin disampaikan seperti terpukau ataupun jadi angau. Sebab tu saya bagi tajuk ‘Jampi’.
Selain menyanyi, anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga aktif mencipta lagu untuk diri sendiri dan artis-artis tempatan.

Biodata Hael Husaini
Menarik Tentang Hael Husaini 
  1. Merupakan seorang yang periang, suka bergurau, mementingkan ketrampilan diri dan cepat gelabah jika berlaku kesilapan.
  2. Tidak suka memandu.
  3. Pernah bekerja sebagai jurugambar.
  4. Selain Akademi Fantasia (AF), Hael pernah menyertai program Mentor 3 secara duo bersama Erul yang dikenali sebagai Evo dan merupakan protege kepada Jaclyn Victor.
  5. Sebelum menggunakan nama asli, Hael menggunakan Sani sebagai nama pentasnya.
  6. Healers merupakan nama kelab peminatnya.
  7. Pernah mengendalikan program hiburan terbitan Astro, Propaganza.
  8. Sukakan muzik berentak Pop dan R&B.
  9. Menghasilkan kira-kira 20 lagu buat artis-artis popular tempatan. Antaranya Dayang Nurfaizah (Dia), Indah Ruhaila (Semua Untuk Cinta), Amira Othman (Hati-Hati), Nabila Razali (Cemburu) dan Dafi (Girl).
  10. Pernah menerima kontroversi seperti didakwa oleh sesetengah netizen sebagai seorang homoseksual (menjalinkan hubungan sejenis) dan lelaki lembut.
  11. Pernah dinobatkan Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-21 ketika bersama Azhael.
  12. Mempunyai hampir 300,000 pengikut di Instagram miliknya. 





Sumber

Sunday, 11 February 2018

Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) 2018.


Malam berprestij Anugerah Juara Lagu 2017 kini bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula pada jam 9.00 malam, 11 Februari 2018.

Anugerah Juara Lagu ke-32 kali ini berkonsepkan atau bertemakan “Fesyen dan Muzik”. Malam berprestij AJL 32 buat pertama kali dihangatkan oleh gandingan 2 pengacara Malaysia iaitu Alif Satar dan Sherry Alhadad. Untuk panduan, seramai 12 peserta finalis berentap untuk merebut gelaran Anugerah Juara Lagu kali ke 32.

Berikut adalah paparan keputusan senarai pemenang pertandingan Anugerah Juara Lagu yang berlangsung pada hari Ahad, 12 Februari 2018 (Rasmi):

1. Juara Lagu AJL32: Hael Husaini - Jampi (RM50,000 + Trofi)
2. Tempat Kedua: Faizal Tahir & Caliph Busker - Sejati (RM35,000 + Trofi)
3. Tempat Ketiga: Haqiem Rusli - Tergantung Sepi (RM20,000 + Trofi)
4. Vokal Terbaik: Syamel & Ernie Zakri - Aku Cinta (RM12,000 + Trofi)
5. Persembahan Terbaik: Altimet - Amboi (RM12,000 + Trofi)
6. Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung: Khai Bahar - Bayang (Trofi)

Majoriti yang masuk ke Final AJL32 kali ni menampilkan ramai artis-artis baru seperti Haqiem Rusli, Syamel, Ernie Zakri, Khai Bahar, Hael Husaini, Wany Hasrita, Ara Johari dan Salma Asis.

Seperti biasa penyandang juara Vokal terbaik Dayang Nurfaizah turut berentap dalam edisi kali ini dengan mempertaruhkan lagunya Separuh Mati Ku Bercinta.

Loading...

Wednesday, 17 January 2018

Tak Sangka Drama Lakonan Farid Jadi ‘Trending’.


Kontroversi membabitkan Datuk Farid Kamil Zahari, 37, meninggalkan kesan terhadap naskhah lakonannya, Lafazkan Kalimah Cintamu, apabila episod pertama drama bersiri itu, kelmarin, menjadi ‘trending’ di laman sosial Twitter.

Nyata, isu panas yang membelenggu pengarah dan pelakon terbabit, sejak Khamis lalu, tidak memadamkan hasrat penonton untuk mengikuti drama rantaian arahan Along Kamaluddin itu.

Di bawah tanda pagar #lafazkankalimahcintamu, drama adaptasi novel yang sarat elemen cinta itu berada di tempat pertama dalam senarai sohor kini di Malaysia, pada 15 Januari lalu.

Dalam drama berkenaan, Farid yang membawakan watak Tengku Ryan Amir bergandingan dengan Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah. Turut berlakon ialah Nadiyah Shahab, Liza Abdullah, Azri Iskandar, Adibah Noor dan Azhar Sulaiman.

Ia berkisar mengenai seorang gadis, Tengku Aqilah, yang disisihkan bapanya sendiri kerana dikatakan menjadi punca kematian ibunya dan kemudian dihantar belajar ke luar negara.

Selepas kembali ke tanah air dan bekerja dalam syarikat keluarga usai pengajian, gadis itu terus berdepan kebencian, termasuk oleh kakaknya sendiri dan seorang lelaki bernama Tengku Ryan Amir.

Lafazkan Kalimah Cintamu mula ditayangkan pada 15 Januari lalu di sebuah saluran berbayar, jam 10 malam.

Semalam, Farid yang juga suami kepada pelakon, Datin Diana Danielle, dibebaskan dengan jaminan polis sebanyak RM12,000 di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, selepas ditahan reman selama lima hari.

Pada Khamis minggu lalu, bintang Tombiruo: Penunggu Rimba dan J Revolusi itu ditahan apabila mencetuskan kekecohan kerana menampar anggota polis dan menendang orang awam dalam kejadian di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya.

Loading...

Sunday, 14 January 2018

300 Artis Sedang Diburu Oleh Ah Long.


Dalam kesempitan ekonomi ketika ini, semua orang merasai bahangnya termasuklah golongan artis. Peluang yang agak kecil kerana perkembangan industri seni yang agak lembab menyebabkan ada di antara mereka menggunakan jalan singkat dengan meminjam daripada peminjam wang tanpa lesen, Ah long.

Tambahan pula golongan ini dilihat hanya bergantung sepenuhnya kepada kerjaya seni sebagai pendapatan utama. Baru baru ini, isu ini dibangkitkan Zed Zaidi selaku Presiden Persatuan Seniman dengan mendedahkan seramai 300 orang artis dari pelbagai latar belakang sedang diburu oleh Ah Long kerana meminjam wang secara haram.

Kaedah meminjam daripada agen peminjam tanpa lesen ini berlaku kerana artis-artis tersebut dikatakan kekurangan tawaran kerja. Jumlah peminjam itu didapati bersandarkan kepada jumlah aduan kepada Persatuan Seniman oleh artis tersebut untuk mendapatkan pembelaan daripada kecaman Ah long.


“Mereka membuat aduan kepada Seniman untuk mendapatkan kerjasama agar keselamatan mereka terbela. Faktor peluang yang kurang dalam industri ini diumpamakan sebagai satu pentas dikongsi dengan 10,000 penggiat seni. Jadi bagaimana mereka mahu sara diri?

Apatah lagi pada masa ini terdapat lambakan graduan dari fakulti-fakulti seni yang turut mencari pekerjaan dalam industri ini.”

Zarina Zainudin antara artis yang berniaga selain berlakon untuk mendapat wang lebih.

Menurut Zed, untuk diterima dalam industri seni dan menambah pendapatan, artis haruslah mempelbagaikan kebolehan diri dan mencuba perkara baru selaras dengan peredaran masa. Di dalam keadaan ekonomi yang semakin menekan ini bukan sahaja golongan artis, malahan semua lapisan masyarkat mempunyai masalah yang sama.

Salah satu kaedah yang digunakan ketika ini adalah mengurangkan berbelanja mewah dan membuat lebih daripada satu kerja. Mungkin golongan artis boleh menggunakan cara yang sama.

Sumber: CARI forum