Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Sunday, 30 September 2018

Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza Musim 5 2018 Minggu 1.


Program realiti nyanyian Gegar Vaganza 5 (GV5) pada tahun 2018 menyaksikan seramai 12 penyanyi senior akan berentap bagi merebut hadiah lumayan pertandingan dengan sedikit kelainan pada tahun ini dengan penyertaan penyanyi berkumpulan.

Gegar Vaganza 2018 yang ditaja oleh D’Herbs dan Cuckoo masih mengunakan format seperti sebelumnya selain masih menggunakan khidmat juri profesional untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan tema mingguan yang telah ditugaskan kepada peserta.

Dato’ Ramli MS merupakan juri tetap disamping Datuk Khadijah Ibrahim. Manakala setiap minggu akan menampilkan seorang juri jemputan yang diundang khas.

Gegar Vaganza 5 (GV5) masih mengekalkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.

Konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) akan bersiaran selama lapan minggu bermula 30 September 2018, setiap hari Ahad secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula jam 9:00 malam.

Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza 5 2018 Minggu 1 Online:



Loading...

Friday, 31 August 2018

Hanya Ibubapa Spesis ‘BANGANG’ Sahaja Bawa Anak Ke Panggung Wayang.


Ibubapa pada masa kini lebih cenderung membawa anak-anak mereka meluangkan masa bersama keluarga seperti berjalan-jalan di pusat beli-belah atau menonton wayang.

Baru-baru ini, akaun facebook Baby Language telah memuat naik status tentang perkongsian kesan membawa bayi ke panggung wayang kerana ia menjadi trend ibubapa membawa bayi.

Menerusi status facebook Baby Language itu, bunyi kuat yang dihasilkan dari panggung wayang boleh memberi kesan buruk kepada orang dewasa, apatah lagi kesan terhadap pendengaran bayi kecil.

Bukan itu sahaja, sekiranya ibubapa teringin menonton wayang, pastikan bayi ditinggalkan kepada penjaga untuk sementara bagi mengelakkan gangguan daripada perkembangan atau stimulasi pancaindera mereka.


Baca apa GSC bagitahu tu…

Malah, salah satu syarikat panggung wayang iaitu Golden Screen Cinema (GSC) sendiri mengakui bayi berusia bawah dua tahun tidak bagus untuk mereka kerana bunyi yang dihasilkan akan memberi kesan buruk kepada mereka.


Akan merosakkan pendengaran bayi…


Ibubapa degil…


Sumber

Friday, 23 February 2018

Live Streaming Terengganu vs Negeri Sembilan Online 23.02.2018.


Siaran langsung Liga Super menyaksikan pertembungan antara Terengganu menentang Negeri Sembilan bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman bermula pada jam 9.00 malam Jumaat.

Siaran secara langsung hanya disiarkan menerusi RTM TV1 sahaja bermula pada jam 9.00 malam. Bagi anda yang ingin menonton secara live streaming Terengganu vs Negeri Sembilan aksi Piala Liga Super 2018, anda boleh menonton menerusi pautan yang tersedia dibawah.

Live Streaming Terengganu vs Negeri Sembilan Online

Jadual Siaran Negeri Sembilan Vs Terengganu Liga Super
  • Tarikh: 23 Februari 2018 Jumaat
  • Masa: 9.00 Malam
  • Lokasi: Stadium Tuanku Abdul Rahman, Negeri Sembilan
  • Siaran Langsung: RTM TV1
Sumber

Sunday, 11 February 2018

Live Streaming Anugerah Juara Lagu Ke 32 (AJL32) 11.02.2018 Online.


Saksikan siaran langsung Anugerah Juara Lagu AJL 2018 bertempat di Stadium Bukit Jalil bermula pada jam 9.00 malam Ahad. Seramai 12 lagu finalis berentap untuk merebut gelaran Juara AJL musim 32.

Siaran secara langsung karpet merah bermula pada jam 8.30 malam sebelum malam berprestij berlangsung pada jam 9.00 malam. Untuk info, malam kemuncak AJL 32 akan diacarakan oleh dua gandingan pengacara terkemuka iaitu Aliff Satar dan Shery Alhadad.

Live Streaming Anugerah Juara Lagu Ke 32 (AJL32) 11.2.2018 Online (Ulangan)


Jadual Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu (AJL) 32
  • Tarikh: 11 Februari 2018 (Ahad)
  • Masa: 9.00 Malam (Kemuncak) 8.30 Malam Karpet Merah
  • Lokasi: Stadium Bukit Jalil
  • Pengacara: Shery Alhadad dan Aliff Satar
Senarai 12 Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu 2018

1. Faizal Tahir - Sejati
2. Haqiem Rusli - Tergantung Sepi
3. Hael Husaini - Jampi
4. Dayang Nurfaizah - Separuh Mati Ku Bercinta
5. Altimet - Amboi
6. Syamel - Lebih Sempurna
7. Hazama - Aku Yang Sebenar
8. Salma - Akhirnya Cinta
9. Wany Hasrita - Menahan Rindu
10. Syamel & Ernie Zakri - Aku Cinta
11. Khai Bahar - Bayang
12. Ara Johari - Warkah Untukku

Sumber

Tuesday, 6 February 2018

Siaran Langsung Antara JDT vs PKNP FC Liga Super 6.2.2018 Online.


Perlawanan di antara pasukan JDT vs PKNP akan berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin bermula pada jam 9:00 malam ini, Selasa.

Siaran secara langsung hanya disiarkan menerusi Iflix dan Hypp TV TmUnifi sahaja bermula pada jam 9.00 malam. Bagi anda yang ingin menonton secara live streaming perlawanan JDT vs PKNP FC dalam Liga Super 2018, anda boleh menonton menerusi pautan yang tersedia dibawah.:

Jadual Siaran Langsung Perlawanan JDT vs PKNP FC 6.2.2018 Liga Super
  • Tarikh: 6 Februari 2018 (Selasa)
  • Masa: 9 malam
  • Lokasi: Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin
Live Streaming JDT Vs PKNP FC 6.2.2018 Liga Super Online (Live)

Loading...

Saturday, 3 February 2018

Live Streaming JDT vs Kedah Piala Sumbangsih Online 3.2.2018.


Siaran langsung perlawanan Piala Sumbangsih atau pembukaan tirai Liga Super Malaysia akan berlangsung antara JDT menentang Kedah bertempat di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Larkin Johor Baharu bermula pada jam 9.00 malam Sabtu, 3 Februari 2018.

Siaran secara langsung turut disiarkan menerusi saluran TV3 bermula pada jam 9.00 malam. Bagi anda yang ingin menonton secara live streaming JDT lawan Kedah Piala Sumbangsih 2018, anda boleh menonton menerusi pautan yang tersedia dibawah.

Live Streaming JDT vs Kedah 3.2.2018 Piala Sumbangsih Online (Siaran Ulangan)

Jadual Siaran Langsung JDT Vs Kedah Piala Sumbangsih 2018

Tarikh: 3 Februari 2018, Sabtu
Masa: 9.00 Malam
Lokasi: Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Larkin
Siaran Langsung: TV3 bermula pada jam 9.00 Malam

Sumber

Wednesday, 27 December 2017

Saya Ingatkan Dapat Kertas Doa Tahlil Dalam Beg 'Goodies', Rupanya Hati Seorang Ibu Yang Sedang 'Menangis'. Sedihnya...


Kehilangan anak yang tersayang selepas melihatnya bertarung nyawa melawan penyakit sememangnya menyedihkan. Tiada kata mampu terucap namun kesedihan tidak mampu ditanggung sendiri.

Kerana tidak mampu menyimpan kesedihan itu, seorang ibu berkongsi kesedihan yang dialami melalui sehelai catatan. Sebak rasanya apabila ibunya berkongsi saat-saat akhirnya anaknya.

Kisah ini telah dikongsi oleh Iskandar Syah Ismail, atau lebih dikenali sebagai doktor badut yang kerap menghiburkan kanak-kanak yang menghidap kanser di Hospital Sultan Ismail. Takziah kami ucapkan buat keluarga arwah Izzul Hanif.


Minggu lepas ketika bertandang ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru kami menerima ‘goodie bags’ daripada Puan Rafidah Abdullah, ibu arwah adik Amirul yang pernah kami hiburkan di wad kanser kanak-kanak HSI.

Goodie bags itu diagih-agihkan sempena majlis tahlil yang diadakan di wad oleh para ibu bapa pesakit pada setiap bulan, bagi memperingati anak-anak pesakit kanser yang telah meninggal dunia.

Bulan ini kami tidak dapat menyertainya kerana pertindihan jadual. Namun goodie bags itu masih disimpan oleh Puan Rafidah untuk kami, the clowns sebagai tanda kenangan. Terima kasih banyak-banyak!

Hanya malam tadi saya baru sempat membukanya. Di dalamnya ada cenderahati berupa bungkusan tuala kecil dan pinggan plastik serbaguna.

Apabila saya membuka bungkusan tuala itu, terdapat sehelai kertas yang dilipat kemas.

Lantas saya membukanya. Sangkaan saya ia kertas doa tahlil yang biasa diedarkan semasa majlis tahlil. Tekaan saya silap!

Rupa-rupanya ia adalah catatan ibu bapa seorang pesakit kanak-kanak bernama Izzul Hanif mengenai detik-detik akhir pemergian anaknya pada bulan Ogos yang lalu.

Ia sungguh mengharukan hati.


Loading...