Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, 21 August 2018

Resepi Kek Coklat Yang Sangat Mudah Tapi Sedap!!!


BAHAN UNTUK KEK COKLAT

Bahan A

· 1 cawan serbuk koko (tak kisah jenama apa pun)

· 1 cawan gula pasir

· 1 cawan susu cair

· 1 cawan minyak masak

· 1/2 cawan susu pekat

Bahan B

· 11/2 cawan tepung gandum

· 1 sudu teh bikarbonat

· 1 sudu teh baking powder

· 1 sudu teh esen vanilla

· 3 biji telur (suhu bilik)

Cara-cara Penyediaan

1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.

2. Pukul telur sampai betul-betul kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.

3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.

4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok-eloknya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). Kacau sebati selama 5 minit ++

5. Seterusnya, masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.

6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa

7. Angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. Kalau rajin boleh letak topping...

BAHAN UNTUK TOPPING (Ganache) Yummmmiiii...

Bahan:

· 300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil

· 1 sudu besar susu pekat

· 1/2 cawan susu cair

· 2 sudu besar butter

· 1/4 cawan air panas

Cara:

1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.

2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.

3. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair.

4. Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.

5. Biarkan lebih kurang 15 - 30 minit supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.

6. Panaskan kembali lebihan ganache tadi (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.

7. Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.

8. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..

* Memang agak banyak ganache yang dihasilkan sebab nak kena siram 2x atas kek tu nanti untuk menghasilkan kek yang Super Duper Moist gitu...

Loading...