Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, 12 September 2018

Permulaan Penempatan Inggeris Di Sandakan.


21 Jun 1879 - Pada tahun 1879, William Pryer, seorang wakil syarikat yang dikenali sebagai North Borneo Provisional Association yang kemudiannya menjadi British North Borneo Chartered Company telah membuka sebuah tapak penempatan yang baru di pinggir Teluk Sandakan. Dengan ini bermulalah penempatan Inggeris di Sandakan yang merupakan sebuah bandar tertua di Sabah.

Sebelum membuka penempatan baru di Sandakan, William Pryer telah membuat penempatan awal di sebuah tempat yang dikenali sebagai Kampung Jerman. Kampung Jerman terletak di Pulau Timbang lebih kurang 12 batu dari bandar Sandakan.

Penduduk tempatan mengenali pulau ini sebagai Pulau Jerman. Nama ini timbul apabila dalam tahun 1872, seorang bangsa Scots bernama Cowie bersama beberapa orang Jerman mendirikan sebuah gudang di pulau ini untuk memudahkan penyeludupan senjata ke Sulu.

Semasa pendaratan awalnya di Kampung Jerman, William Pryer mendapati hanya terdapat sebanyak 17 buah rumah sahaja di penempatan tersebut dan bilangan penduduknya adalah kecil.

Berhampiran Kampung Jerman terdapat kampung orang-orang Sulu iaitu Kampung Timbang dan masyarakat Bajau merupakan ahli-ahli perniagaan yang berulang-alik di Teluk Sandakan.

Di peringkat awal penempatannya, William Pryer menghadapi beberapa ancaman terutamanya dari lanun-lanun yang bermaharajalela di perairan Teluk Sandakan dan di Sungai Kinabatangan. William Pryer terpaksa mendapatkan sokongan daripada orang-orang Bajau dan Sulu serta membuka Sungai Kinabatangan yang merupakan sungai yang terpanjang di Sabah menjadi nadi utama kepada kebanyakan perniagaan hasil-hasil hutan.

Walaupun Pryer cuba mengubah nama penempatan baru ini kepada ‘Elopura’ yang bermakna ‘Bandar yang indah’ tetapi nama itu cuma kekal beberapa tahun dan kembali dikenali sebagai Sandakan yang telah terkenal kira-kira 200 tahun sebelumnya.

Setelah beberapa lama, penempatan William Pryer di Kampung Jerman bertambah maju dan ancaman-ancaman lanun dari kawasan Teluk Sandakan serta sekitarnya telah dapat diatasi.

Walau bagaimanapun penempatan William Pryer ini telah mengalami bencana apabila berlaku kebakaran yang memusnahkan penempatan tersebut pada 15 Jun 1879. Dengan bantuan orang-orang Sulu dan Bajau, William Pryer telah berpindah dan membuka penempatan baru di Sandakan.

Sandakan adalah ibu negeri British North Borneo dari tahun 1884. hinggalah Januari 1942, apabila tentera Jepun menawannya.

Selepas pendudukan Jepun, dalam tahun 1946, Kota Kinabalu yang sebelumnya dikenali sebagai Jesselton telah diisytiharkan sebagai ibu negeri disebabkan Sandakan telah musnah akibat serangan Tentera Berikat.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Monday, 23 July 2018

Langkah-langkah Mengurangkan Pencemaran Udara Geografi PT3 2018.


Berikut adalah contoh karangan langkah mengurangkan pencemaran udara bagi calon yang memilih tajuk pencemaran udara sebagai tajuk utama tugasan Geografi PT3. Markah untuk isi penting berserta huraian adalah sebanyak 20 Markah.

Langkah-langkah Mengurangkan Pencemaran Udara Geografi PT3 2018

Antara langkah utama pencemaran udara adalah menggunakan pengurangkan penggunaan kenderaan bermotor, kempen kesedaran alam sekitar, mengenakan undang-undang ketat terhadap inividu yang menyebabkan pencemaran udara dan melaksakan penanaman semula.

Berdasarkan kajian soal selidik di sekitar Kuala Lumpur, asap kenderaan merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara di ibu negara. Langkah terbaik ialah mengurang penggunaan kenderaan bermotor dan menggalakkan penggunaan kenderaan awam seperti LRT, bas, dan Komuter.

Pengurangan jumlah kenderaan bermakna pengurangan asap kenderaan dalam jumlah yang minima. Antara cara lain ialah menggalakkan mereka yang bekerja di tempat yang sama supaya berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Bagi mereka yang dekat dengan tempat kerja bolehlah berjalan kaki kerana selain meminimakan asap kenderaan, ia juga dapat menyihatkan tubuh badan. Langkah menggunakan kenderaan yang tidak mengeluarkan asap seperti basikal juga adalah digalakkan kerana ianya selain daripada mampu meminimakan asap kenderaan, kita juga dapat membuat aktiviti menyihatkan badan

Selain itu, pihak kerajaan harus memperkenalkan undang-undang alam sekitar yang lebih tegas. Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara mestilah mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Manakala, individu yang melakukan pembakaran terbuka wajib dikenakan kompaun atau penjara atau kedua-duanya sekali. Dengan undang-undang tersebut, orang ramai akan lebih peka dan akan lebih berwaspada terhadap isu pencemaran alam.

Disamping itu, pelaksanaan program kempen alam sekitar juga dapat meningkatkan kesedaran ramai terhadap kesan pencemaran udara.Kempen kesedaran ini mengajak rakyat meninggalkan sikap dan tabiat buruk tidak mementingkan kebersihan dengan menjadikan penjagaan alam sekitar sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka. Perlaksanaan kempen kesedaran dilakukan bagi menyemai rasa tanggungjawab masyarakat agar bekerjasama memelihara dan memulihara khazanah warisan negara. Perlaksanaan kempen kesedaran ini boleh diperbagaikan dengan pelbagai cara seperti program sukarelawan, ceramah mahupun edaran risalah disetiap rumah.

Program penanaman semula bertujuan untuk mengimbangkan ekosistem. Seperti sedia maklum, tumbuhan hijau dapat menghasilkan udara yang segar yang nyaman. Ini kerana, tumbuhan hijau dapat mengitar semula udara yang panas seperti karbon dioksida dan menghasilkan oksigen. Selain itu, oksigen juga adalah keperluan penting kepada manusia agar dapat bernafas dengan segar.

Jumlah Markah: 20 Markah

Kredit

Wednesday, 18 July 2018

Rahsia Wanita Yang Lahir Di Bulan Julai.


Adakah kamu mempunyai teman wanita atau isteri yang lahir di bulan Julai? Jika ya, maka boleh dikatakan kamu sangat beruntung. Kerana kononnya wanita yang dilahirkan di bulan ini mempunyai sifat dan watak yang sangat special...

Tidak percaya? Baca saja ulasan lengkapnya, dan padankan sama ada maklumat ini sesuai dengan keadaan teman wanita kamu. Ingat ya teman wanita kamu, bukannya teman wanita kepada teman kamu hehehe.

Rahsia Wanita Yang Lahir Di Bulan Julai

1. Perhatian

Mereka yang lahir di bulan Julai, umumnya mempunyai ciri-ciri dengan rasa kepedulian yang cukup tinggi. Selain itu, dia juga senang memikirkan pelbagai perkara yang berlaku dalam hidupnya. Inilah kenapa mereka cenderung bersikap lebih bijaksana.

Bukan hanya mampu bersikap bijaksana, namun dia yang lahir di bulan Julai biasanya mempunyai sikap dewasa bahkan lebih dari usianya.

2. Sayang Keluarga

Sikap positif yang ditunjukkan oleh dia yang lahir di bulan Julai adalah sikap pelindung pada keluarganya. Selain pada keluarga, sikap protektif juga mereka tunjukkan bagi mereka yang disayangi. Dia akan berusaha membuat orang yang dicintainya senang dengan banyak berbagai upaya.

3. Berbakat

Mereka yang lahir di bulan Julai umumnya adalah orang yang berbakat. Hanya sedikit orang, yang mampu menyamai bakat mereka dalam erti kata punya bakat istimewa. Mereka juga diketahui begitu cinta terhadap seni.

Selain berbakat, mereka juga senang akan hal yang baru seperti fotografi, kesenian ataupun menyanyi. Jika bakat yang mereka miliki disalurkan pada sebuah pekerjaan, hal ini tentu mampu menjadi passion penting tersendiri bagi mereka. Akibatnya, pekerjaan mereka pun akan memaparkan hasil yang cukup memuaskan.

4. Motivasi

Wanita kelahiran bulan Julai dikatakan juga mempunyai semangat atau motivasi yang cukup tinggi untuk meraih apa yang mereka inginkan. Mereka tidak memerlukan yang namanya motivasi luaran, wang ataupun status dalam mencapai kejayaan. Mereka lebih suka bergantung pada diri sendiri yakni faktor instrinsik seperti halnya aktualisasi diri.

5. Mudah Membuat Orang Jatuh Cinta

Mereka yang lahir di bulan Julai, biasanya mempunyai banyak peminat rahsia. Bukan tanpa alasan, namun daya tarikan mereka yang cukup kuat membuat banyak orang tertarik dengan mereka.

Bukan hanya popular di kalangan lawan jenis, namun mereka juga boleh merangkul banyak teman untuk mendekat dengannya. Hal ini kerana, sifat mereka yang mudah bergaul sehingga boleh menjadi seorang superstar dengan mudah di antara kawan-kawannya.

6. Tahu Cara Bahagia

Sifat dan watak wanita yang lahir pada bulan Julai, umumnya mampu mencipta bahagia, meski pun dengan cara yang boleh dikatakan sederhana. Bagi mereka, berehat sambil membaca buku atau mendengar muzik merupakan hal-hal simple yang mampu membuat mereka merasa senang.

7. Simpati

Rasa simpati, boleh dengan mudah mereka tunjukkan pada orang lain. Hal ini kerana, mereka mempunyai hati yang lembut. Mereka cenderung tidak boleh melihat orang lain berada di bawah tekanan atau dalam keadaan menderita.

Inilah kenapa, mereka yang lahir di bulan Julai bukan hanya mengejar tujuannya sendiri melainkan juga tetap berusaha membuat orang lain bahagia.

8. Perfeksionis

Sikap lain yang serupa dengan mereka yang lahir di bulan Julai, adalah sikap yang cenderung mengarah ke arah kesempurnaan. Mereka tidak akan berhenti melakukan suatu pekerjaan, jika pekerjaan tersebut belum juga membuahkan hasil yang membuat mereka puas.

Bagaimana menurut kamu ulasan di atas, apakah sama dengan keadaan pasangan kamu pada masa ini?

Wednesday, 11 April 2018

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Mingguan Terkini Dari 12 April Hingga 18 April 2018.


Selama seminggu yang lalu, minyak petrol RON95, RON97 masing-masing tiada perubahan harga termasuk Diesel.

Buat pertama kali, harga minyak kekal 3 minggu berturut-turut tanpa perubahan.

Berikut adalah maklumat perubahan harga runcit minyak petrol dan diesel di Malaysia.


12 April Hingga 18 April 2018 (Harga Minyak Minggu Ini)
  • RON95: RM 2.20 (Kekal)
  • RON97: RM 2.47 (Kekal)
  • DIESEL: RM 2.18 (Kekal)
05 April Hingga 11 April 2018
  • RON95: RM 2.20 (Kekal)
  • RON97: RM 2.47 (Kekal)
  • DIESEL: RM 2.18 (Kekal)
29 Mac Hingga 04 April 2018
  • RON95: RM 2.20 (Kekal)
  • RON97: RM 2.47 (Kekal)
  • DIESEL: RM 2.18 (Kekal)
TERUSKAN MEMBACA:
Loading...

Tuesday, 10 April 2018

Panduan Cara Mengundi PRU-14 Pilihanraya Umum SPR.

Berikut adalah panduan cara mengundi pada PRU-14 Pilihan Raya Umum 2018 oleh SPR.
Langkah ini sangat penting buat individu yang buat pertama kali mengundi pada pilihanraya kali ini. 

Dibawah ini, turut dipaparkan imej grafik yang sebenar supaya ianya dapat dijadikan panduan lebih jelas kepada semua pengundi. Pada tahun ini, cara undi adalah sama dengan PRU-13 dimana penggunaan dakwat kekal di hujung jari anda.

Sila klik imej diatas untuk paparan lebih jelas

7 Langkah Pengundian

1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.

2. Serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.

3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
cara mengundi PRU-14.

5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.

6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

7. Keluar segera dari tempat mengundi.

Wednesday, 4 April 2018

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Terkini Dari 05 April Hingga 11 April 2018.


Selama seminggu yang lalu, minyak petrol RON95, RON97 masing-masing tiada perubahan harga termasuk Diesel.

Sepanjang minggu ini, bermula esok, Khamis semua jenis minyak tidak mengalami sebarang perubahan harga 2 minggu berturut-turut.

Berikut adalah maklumat perubahan harga runcit minyak petrol dan diesel di Malaysia.


05 April Hingga 11 April 2018 (Harga Minyak Minggu Ini)
  • RON95: RM 2.20 (Kekal)
  • RON97: RM 2.47 (Kekal)
  • DIESEL: RM 2.18 (Kekal)
29 Mac Hingga 04 April 2018
  • RON95: RM 2.20 (Kekal)
  • RON97: RM 2.47 (Kekal)
  • DIESEL: RM 2.18 (Kekal)
22 Mac Hingga 28 Mac 2018
  • RON95: RM 2.20 (naik 2 sen)
  • RON97: RM 2.47 (naik 2 sen)
  • DIESEL: RM 2.18 (naik 2 sen)
TERUSKAN MEMBACA:
Loading...

Wednesday, 28 March 2018

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Terkini Dari 29 Mac Hingga 04 April 2018.


Selama seminggu yang lalu, minyak petrol RON95, RON97 masing-masing naik 2 sen. Manakala Diesel juga naik 2 sen seliter.

Berikut adalah maklumat perubahan harga runcit minyak petrol dan diesel di Malaysia.


29 Mac Hingga 04 April 2018 (Harga Minyak Minggu Ini)
  • RON95: RM 2.20 (Kekal)
  • RON97: RM 2.47 (Kekal)
  • DIESEL: RM 2.18 (Kekal)
22 Mac Hingga 28 Mac 2018
  • RON95: RM 2.20 (naik 2 sen)
  • RON97: RM 2.47 (naik 2 sen)
  • DIESEL: RM 2.18 (naik 2 sen)
TERUSKAN MEMBACA:
Loading...