Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, 12 September 2018

Permulaan Penempatan Inggeris Di Sandakan.


21 Jun 1879 - Pada tahun 1879, William Pryer, seorang wakil syarikat yang dikenali sebagai North Borneo Provisional Association yang kemudiannya menjadi British North Borneo Chartered Company telah membuka sebuah tapak penempatan yang baru di pinggir Teluk Sandakan. Dengan ini bermulalah penempatan Inggeris di Sandakan yang merupakan sebuah bandar tertua di Sabah.

Sebelum membuka penempatan baru di Sandakan, William Pryer telah membuat penempatan awal di sebuah tempat yang dikenali sebagai Kampung Jerman. Kampung Jerman terletak di Pulau Timbang lebih kurang 12 batu dari bandar Sandakan.

Penduduk tempatan mengenali pulau ini sebagai Pulau Jerman. Nama ini timbul apabila dalam tahun 1872, seorang bangsa Scots bernama Cowie bersama beberapa orang Jerman mendirikan sebuah gudang di pulau ini untuk memudahkan penyeludupan senjata ke Sulu.

Semasa pendaratan awalnya di Kampung Jerman, William Pryer mendapati hanya terdapat sebanyak 17 buah rumah sahaja di penempatan tersebut dan bilangan penduduknya adalah kecil.

Berhampiran Kampung Jerman terdapat kampung orang-orang Sulu iaitu Kampung Timbang dan masyarakat Bajau merupakan ahli-ahli perniagaan yang berulang-alik di Teluk Sandakan.

Di peringkat awal penempatannya, William Pryer menghadapi beberapa ancaman terutamanya dari lanun-lanun yang bermaharajalela di perairan Teluk Sandakan dan di Sungai Kinabatangan. William Pryer terpaksa mendapatkan sokongan daripada orang-orang Bajau dan Sulu serta membuka Sungai Kinabatangan yang merupakan sungai yang terpanjang di Sabah menjadi nadi utama kepada kebanyakan perniagaan hasil-hasil hutan.

Walaupun Pryer cuba mengubah nama penempatan baru ini kepada ‘Elopura’ yang bermakna ‘Bandar yang indah’ tetapi nama itu cuma kekal beberapa tahun dan kembali dikenali sebagai Sandakan yang telah terkenal kira-kira 200 tahun sebelumnya.

Setelah beberapa lama, penempatan William Pryer di Kampung Jerman bertambah maju dan ancaman-ancaman lanun dari kawasan Teluk Sandakan serta sekitarnya telah dapat diatasi.

Walau bagaimanapun penempatan William Pryer ini telah mengalami bencana apabila berlaku kebakaran yang memusnahkan penempatan tersebut pada 15 Jun 1879. Dengan bantuan orang-orang Sulu dan Bajau, William Pryer telah berpindah dan membuka penempatan baru di Sandakan.

Sandakan adalah ibu negeri British North Borneo dari tahun 1884. hinggalah Januari 1942, apabila tentera Jepun menawannya.

Selepas pendudukan Jepun, dalam tahun 1946, Kota Kinabalu yang sebelumnya dikenali sebagai Jesselton telah diisytiharkan sebagai ibu negeri disebabkan Sandakan telah musnah akibat serangan Tentera Berikat.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Monday, 23 July 2018

Langkah-langkah Mengurangkan Pencemaran Udara Geografi PT3 2018.


Berikut adalah contoh karangan langkah mengurangkan pencemaran udara bagi calon yang memilih tajuk pencemaran udara sebagai tajuk utama tugasan Geografi PT3. Markah untuk isi penting berserta huraian adalah sebanyak 20 Markah.

Langkah-langkah Mengurangkan Pencemaran Udara Geografi PT3 2018

Antara langkah utama pencemaran udara adalah menggunakan pengurangkan penggunaan kenderaan bermotor, kempen kesedaran alam sekitar, mengenakan undang-undang ketat terhadap inividu yang menyebabkan pencemaran udara dan melaksakan penanaman semula.

Berdasarkan kajian soal selidik di sekitar Kuala Lumpur, asap kenderaan merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara di ibu negara. Langkah terbaik ialah mengurang penggunaan kenderaan bermotor dan menggalakkan penggunaan kenderaan awam seperti LRT, bas, dan Komuter.

Pengurangan jumlah kenderaan bermakna pengurangan asap kenderaan dalam jumlah yang minima. Antara cara lain ialah menggalakkan mereka yang bekerja di tempat yang sama supaya berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Bagi mereka yang dekat dengan tempat kerja bolehlah berjalan kaki kerana selain meminimakan asap kenderaan, ia juga dapat menyihatkan tubuh badan. Langkah menggunakan kenderaan yang tidak mengeluarkan asap seperti basikal juga adalah digalakkan kerana ianya selain daripada mampu meminimakan asap kenderaan, kita juga dapat membuat aktiviti menyihatkan badan

Selain itu, pihak kerajaan harus memperkenalkan undang-undang alam sekitar yang lebih tegas. Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara mestilah mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Manakala, individu yang melakukan pembakaran terbuka wajib dikenakan kompaun atau penjara atau kedua-duanya sekali. Dengan undang-undang tersebut, orang ramai akan lebih peka dan akan lebih berwaspada terhadap isu pencemaran alam.

Disamping itu, pelaksanaan program kempen alam sekitar juga dapat meningkatkan kesedaran ramai terhadap kesan pencemaran udara.Kempen kesedaran ini mengajak rakyat meninggalkan sikap dan tabiat buruk tidak mementingkan kebersihan dengan menjadikan penjagaan alam sekitar sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka. Perlaksanaan kempen kesedaran dilakukan bagi menyemai rasa tanggungjawab masyarakat agar bekerjasama memelihara dan memulihara khazanah warisan negara. Perlaksanaan kempen kesedaran ini boleh diperbagaikan dengan pelbagai cara seperti program sukarelawan, ceramah mahupun edaran risalah disetiap rumah.

Program penanaman semula bertujuan untuk mengimbangkan ekosistem. Seperti sedia maklum, tumbuhan hijau dapat menghasilkan udara yang segar yang nyaman. Ini kerana, tumbuhan hijau dapat mengitar semula udara yang panas seperti karbon dioksida dan menghasilkan oksigen. Selain itu, oksigen juga adalah keperluan penting kepada manusia agar dapat bernafas dengan segar.

Jumlah Markah: 20 Markah

Kredit

Wednesday, 18 July 2018

Rahsia Wanita Yang Lahir Di Bulan Julai.


Adakah kamu mempunyai teman wanita atau isteri yang lahir di bulan Julai? Jika ya, maka boleh dikatakan kamu sangat beruntung. Kerana kononnya wanita yang dilahirkan di bulan ini mempunyai sifat dan watak yang sangat special...

Tidak percaya? Baca saja ulasan lengkapnya, dan padankan sama ada maklumat ini sesuai dengan keadaan teman wanita kamu. Ingat ya teman wanita kamu, bukannya teman wanita kepada teman kamu hehehe.

Rahsia Wanita Yang Lahir Di Bulan Julai

1. Perhatian

Mereka yang lahir di bulan Julai, umumnya mempunyai ciri-ciri dengan rasa kepedulian yang cukup tinggi. Selain itu, dia juga senang memikirkan pelbagai perkara yang berlaku dalam hidupnya. Inilah kenapa mereka cenderung bersikap lebih bijaksana.

Bukan hanya mampu bersikap bijaksana, namun dia yang lahir di bulan Julai biasanya mempunyai sikap dewasa bahkan lebih dari usianya.

2. Sayang Keluarga

Sikap positif yang ditunjukkan oleh dia yang lahir di bulan Julai adalah sikap pelindung pada keluarganya. Selain pada keluarga, sikap protektif juga mereka tunjukkan bagi mereka yang disayangi. Dia akan berusaha membuat orang yang dicintainya senang dengan banyak berbagai upaya.

3. Berbakat

Mereka yang lahir di bulan Julai umumnya adalah orang yang berbakat. Hanya sedikit orang, yang mampu menyamai bakat mereka dalam erti kata punya bakat istimewa. Mereka juga diketahui begitu cinta terhadap seni.

Selain berbakat, mereka juga senang akan hal yang baru seperti fotografi, kesenian ataupun menyanyi. Jika bakat yang mereka miliki disalurkan pada sebuah pekerjaan, hal ini tentu mampu menjadi passion penting tersendiri bagi mereka. Akibatnya, pekerjaan mereka pun akan memaparkan hasil yang cukup memuaskan.

4. Motivasi

Wanita kelahiran bulan Julai dikatakan juga mempunyai semangat atau motivasi yang cukup tinggi untuk meraih apa yang mereka inginkan. Mereka tidak memerlukan yang namanya motivasi luaran, wang ataupun status dalam mencapai kejayaan. Mereka lebih suka bergantung pada diri sendiri yakni faktor instrinsik seperti halnya aktualisasi diri.

5. Mudah Membuat Orang Jatuh Cinta

Mereka yang lahir di bulan Julai, biasanya mempunyai banyak peminat rahsia. Bukan tanpa alasan, namun daya tarikan mereka yang cukup kuat membuat banyak orang tertarik dengan mereka.

Bukan hanya popular di kalangan lawan jenis, namun mereka juga boleh merangkul banyak teman untuk mendekat dengannya. Hal ini kerana, sifat mereka yang mudah bergaul sehingga boleh menjadi seorang superstar dengan mudah di antara kawan-kawannya.

6. Tahu Cara Bahagia

Sifat dan watak wanita yang lahir pada bulan Julai, umumnya mampu mencipta bahagia, meski pun dengan cara yang boleh dikatakan sederhana. Bagi mereka, berehat sambil membaca buku atau mendengar muzik merupakan hal-hal simple yang mampu membuat mereka merasa senang.

7. Simpati

Rasa simpati, boleh dengan mudah mereka tunjukkan pada orang lain. Hal ini kerana, mereka mempunyai hati yang lembut. Mereka cenderung tidak boleh melihat orang lain berada di bawah tekanan atau dalam keadaan menderita.

Inilah kenapa, mereka yang lahir di bulan Julai bukan hanya mengejar tujuannya sendiri melainkan juga tetap berusaha membuat orang lain bahagia.

8. Perfeksionis

Sikap lain yang serupa dengan mereka yang lahir di bulan Julai, adalah sikap yang cenderung mengarah ke arah kesempurnaan. Mereka tidak akan berhenti melakukan suatu pekerjaan, jika pekerjaan tersebut belum juga membuahkan hasil yang membuat mereka puas.

Bagaimana menurut kamu ulasan di atas, apakah sama dengan keadaan pasangan kamu pada masa ini?

Wednesday, 11 April 2018

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Mingguan Terkini Dari 12 April Hingga 18 April 2018.


Selama seminggu yang lalu, minyak petrol RON95, RON97 masing-masing tiada perubahan harga termasuk Diesel.

Buat pertama kali, harga minyak kekal 3 minggu berturut-turut tanpa perubahan.

Berikut adalah maklumat perubahan harga runcit minyak petrol dan diesel di Malaysia.


12 April Hingga 18 April 2018 (Harga Minyak Minggu Ini)
  • RON95: RM 2.20 (Kekal)
  • RON97: RM 2.47 (Kekal)
  • DIESEL: RM 2.18 (Kekal)
05 April Hingga 11 April 2018
  • RON95: RM 2.20 (Kekal)
  • RON97: RM 2.47 (Kekal)
  • DIESEL: RM 2.18 (Kekal)
29 Mac Hingga 04 April 2018
  • RON95: RM 2.20 (Kekal)
  • RON97: RM 2.47 (Kekal)
  • DIESEL: RM 2.18 (Kekal)
TERUSKAN MEMBACA:
Loading...

Tuesday, 10 April 2018

Panduan Cara Mengundi PRU-14 Pilihanraya Umum SPR.

Berikut adalah panduan cara mengundi pada PRU-14 Pilihan Raya Umum 2018 oleh SPR.
Langkah ini sangat penting buat individu yang buat pertama kali mengundi pada pilihanraya kali ini. 

Dibawah ini, turut dipaparkan imej grafik yang sebenar supaya ianya dapat dijadikan panduan lebih jelas kepada semua pengundi. Pada tahun ini, cara undi adalah sama dengan PRU-13 dimana penggunaan dakwat kekal di hujung jari anda.

Sila klik imej diatas untuk paparan lebih jelas

7 Langkah Pengundian

1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.

2. Serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.

3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
cara mengundi PRU-14.

5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.

6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

7. Keluar segera dari tempat mengundi.

Wednesday, 4 April 2018

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Terkini Dari 05 April Hingga 11 April 2018.


Selama seminggu yang lalu, minyak petrol RON95, RON97 masing-masing tiada perubahan harga termasuk Diesel.

Sepanjang minggu ini, bermula esok, Khamis semua jenis minyak tidak mengalami sebarang perubahan harga 2 minggu berturut-turut.

Berikut adalah maklumat perubahan harga runcit minyak petrol dan diesel di Malaysia.


05 April Hingga 11 April 2018 (Harga Minyak Minggu Ini)
  • RON95: RM 2.20 (Kekal)
  • RON97: RM 2.47 (Kekal)
  • DIESEL: RM 2.18 (Kekal)
29 Mac Hingga 04 April 2018
  • RON95: RM 2.20 (Kekal)
  • RON97: RM 2.47 (Kekal)
  • DIESEL: RM 2.18 (Kekal)
22 Mac Hingga 28 Mac 2018
  • RON95: RM 2.20 (naik 2 sen)
  • RON97: RM 2.47 (naik 2 sen)
  • DIESEL: RM 2.18 (naik 2 sen)
TERUSKAN MEMBACA:
Loading...

Wednesday, 28 March 2018

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Terkini Dari 29 Mac Hingga 04 April 2018.


Selama seminggu yang lalu, minyak petrol RON95, RON97 masing-masing naik 2 sen. Manakala Diesel juga naik 2 sen seliter.

Berikut adalah maklumat perubahan harga runcit minyak petrol dan diesel di Malaysia.


29 Mac Hingga 04 April 2018 (Harga Minyak Minggu Ini)
  • RON95: RM 2.20 (Kekal)
  • RON97: RM 2.47 (Kekal)
  • DIESEL: RM 2.18 (Kekal)
22 Mac Hingga 28 Mac 2018
  • RON95: RM 2.20 (naik 2 sen)
  • RON97: RM 2.47 (naik 2 sen)
  • DIESEL: RM 2.18 (naik 2 sen)
TERUSKAN MEMBACA:
Loading...

Wednesday, 21 March 2018

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Terkini Dari 22 Mac Hingga 28 Mac 2018.


Selama seminggu yang lalu, minyak petrol RON95, RON97 masing-masing turun 3 sen dan 2 sen. Manakala Diesel pula turun 1 sen.

Berikut adalah maklumat perubahan harga runcit minyak petrol dan diesel di Malaysia.


22 Mac Hingga 28 Mac 2018 (Harga Minyak Minggu Ini)
  • RON95: RM 2.20 (naik 2 sen)
  • RON97: RM 2.47 (naik 2 sen)
  • DIESEL: RM 2.18 (naik 2 sen)
15 Mac Hingga 21 Mac 2018
  • RON95: RM 2.18 (turun 3 sen)
  • RON97: RM 2.45 (turun 2 sen)
  • DIESEL: RM 2.16 (turun 1 sen)
08 Mac Hingga 14 Mac 2018
  • RON95: RM 2.21 (naik 1 sen)
  • RON97: RM 2.47 (kekal)
  • DIESEL: RM 2.17 (turun 1 sen)
TERUSKAN MEMBACA:
Loading...

Thursday, 15 March 2018

Syarat Kelayakan Minimum Permohonan Kemasukan Ke Kolej Matrikulasi KPM.


a) Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut:

Jurusan Sains (M001)

1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. B Matematik
4. C Matematik Tambahan
5. C Kimia
6. C dalam satu(1) mata pelajaran daripada berikut:
  • Fizik
  • Biologi
Jurusan Perakaunan (M003)

1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. C Matematik
4. C dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut:
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Keusahawanan
  • Perdagangan
  • Sains
  • Sains Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan
5. E Matematik Tambahan

Aliran Teknikal (M007)

1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. B Matematik
4. C Matematik Tambahan
5. C Fizik
6. C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut:
  • Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
7. E Kimia
8. B Lukisan Kejuruteraan

Kredit

Wednesday, 14 March 2018

5 Cara Mengembalikan Seri Kulit Kusam Dan Tak Bermaya.


Kulit tak bermaya dan kusam boleh menjejaskan penampilan seseorang sehingga mengganggu tahap keyakinan diri. Terasa diri serba kekurangan dan malu berada dalam kelompok yang ramai.

Inilah 5 cara mengembalikan seri kulit kusam dan tak bermaya yang boleh anda cuba.

1. Guna Pelempap

Amalkan menyapu pelembap kulit setiap hari. Memandangkan banyak produk pelembap di pasaran, disarankan agar berjumpa pakar kulit terlebih dahulu sebelum memilih yang sesuai dengan anda.

2. Minum Air 8 Gelas Sehari


Kurang air dalam badan menyebabkan kulit jadi kering dan nampak tidak bermaya menjadikan anda tampil tua daripada usia. Latih diri minum air 8 gelas sehari untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit.

3. Ambil Makanan Mengandungi Beta Karoten

Buah-buahan dan sayur-sayuran misalnya mengandungi Beta karoten iaitu sejenis mineral antioksidan yang mempercepatkan proses kelembapan kulit. Apa lagi, jom makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Dalam masa sama, ia membuang toksin dalam badan dan mengembalikan seri kulit kusam.

4. Mari Bersenam

Apabila bersenam, peluh yang keluar membawa sekali toksin dalam badan. Bukan sahaja menukar kulit kusam kepada lebih segar malah tubuh badan kembali bertenaga. Tahap konfiden anda juga pasti meningkat.

5. Tambah Suplemen

Kekurangan masa mendapatkan makanan seimbang boleh diatasi dengan mengambil suplemen yang lengkap untuk atasi kulit kusam. Suplemen ini akan menampung keperluan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Sumber

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Terkini Dari 15 Mac Hingga 21 Mac 2018.


Selama seminggu yang lalu, minyak petrol RON95 naik 1 dan RON97 tiada perubahan. Manakala Diesel turun 1 sen.

Berikut adalah maklumat perubahan harga runcit minyak petrol dan diesel di Malaysia.


15 Mac Hingga 21 Mac 2018 (Harga Minyak Minggu Ini)
  • RON95: RM 2.18 (turun 3 sen)
  • RON97: RM 2.45 (turun 2 sen)
  • DIESEL: RM 2.16 (turun 1 sen)
08 Mac Hingga 14 Mac 2018
  • RON95: RM 2.21 (naik 1 sen)
  • RON97: RM 2.47 (kekal)
  • DIESEL: RM 2.17 (turun 1 sen)
TERUSKAN MEMBACA:
Loading...

Wednesday, 28 February 2018

Negara Ini Paling Banyak Minum Kopi, Tetapi Tidak Mempunyai Starbuck.


Finland dan Norway merupakan dua negara yang penduduknya paling banyak pengambilan kopi bagi setahun tetapi, apa yang mengejutkan adalah kedua-dua negara ini .

Starbuck adalah jenama antarabangsa bagi kopi dan mempunyai 17,000 cawangan di 55 buah negara termasuk Malaysia.

Perkara ini disebabkan oleh kekurangan industri susu domestik dan negara itu mempunyai harga susu paling tinggi di dunia.

Kos ini menjadi kekangan bagi Starbuck beroperasi di sana malahan, tenaga pekerja di Norway adalah sangat mahal disebabkan kekangan dari polisi imigran yang sangat ketat dan kesatuan pekerja yang kuat.

Semoga memberi manfaat.

Monday, 26 February 2018

Tarikh Semak Keputusan SPM 2017 Secara Online Dan SMS Pada Mac 2018.


Semakan secara online dan talian SMS bermula pada jam 10.00 pagi, 15 Mac 2018, Khamis ini.

Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, semakan keputusan SPM boleh diambil disekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi. Manakala calon persendirian, slip keputusan akan dihantar ke alamat rumah masing-masing.

Untuk semakan menggunakan SMS, calon boleh menaip kod yang tertera dibawah. Semoga berjaya diucapkan kepada semua calon SPM 2017.

Tarikh Semakan Keputusan SPM 2017
  • 15 Mac 2018, Khamis
Kenyataan Rasmi Keputusan SPM 2017 Pada 15 Mac 2018


Semak Keputusan SPM 2017 Pada Mac 2018 Online Dan SMS
  • Taip SPM <Jarak> No Kad Pengenalan <Jarak> Angka Giliran dan SMS ke 15888

Berita Palsu Semakan Keputusan SPM 2017 Pada 28 Februari 2018
  • Sebaran keputusan SPM pada 28 Februari 2018 adalah tidak benar sama sekali.

Sumber

Wednesday, 21 February 2018

UTHM Dedah Buah ‘Bambangan’ Mampu Bunuh Sel Kanser Payudara...‘Kesan Tindak Balas Seawal 48 Jam.’


Buah Bambangan seakan-akan seperti mangga ini mempunyai banyak faedah yang tak pernah kita ketahui.


Tahukah anda, buah bambangan dapat mematikan sel kanser kira-kira 15% dalam masa 24 jam? Malah, buah ini turut tersenarai dalam tumbuhan terancam International Union for Conservation of Nature and Natural Resources (IUCN).

Buah ini juga banyak didapati di Sabah dan Sarawak pada kawasan pendalaman yang ditanam oleh penduduk tempatan. Seorang saintis Universiti Tun Hussein Onn (UHTM) menemui khasiat disebalik biji bambangan bagi menyekat pertumbuhan sel kanser payudara.

Melawan kanser


Dr. Mohd Fadzelly Abu Bakar telah membuat pertemuan kira-kira 15% daripada sel-sel payudara mati dalam masa 24 jam. Buah ini juga bagus bagi kaum wanita untuk mengelak dari pertumbuhan sel kanser payudara.


Kesan selepas 48 jam

Menurut saintis ini, sel kanser payudara mampu dimusnahkan dalam tempoh 72 jam apabila ekstrak biji bambangan didedahkan kepada sel berkenaan, manakala, tindak balasnya bermula dalam tempoh 48 jam pula. Dalam tempoh 72 jam, hampir 90% populasi sel kanser payudara mati.

Variasikan cara makan


Bagi menikmati buah ini kaedah mengupasnya agak berbeza. Ianya tidak seperti buah mangga yang memiliki kulit nipis, malah, buah bambangan ini kulitnya agak tebal dan cara mengupas adalah mengoyakkan kulit tersebut.



Ada masyarakat tempatan gemar makan buah ini bersama garam dan cili. Bagi mendapatkan rasa yang lebih sedap, buah bambangan ini sesuai dijadikan jeruk. Malah, ianya juga sesuai jika dicampur dengan sambal belacan dan makan bersama nasi.




Kredit

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Terkini Dari 22 Februari Hingga 28 Februari 2018.


Selama seminggu yang lalu, minyak petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 10 dan 11 sen. Manakala Diesel turun sebanyak 12 sen.

Sepanjang minggu ini berkuatkuasa esok, Khamis harga untuk petrol RON95 turun 6 sen, RON97 turun 7 sen dan Diesel turun 6 sen perliter.

Berikut adalah maklumat perubahan harga runcit minyak petrol dan diesel di Malaysia.


22 Februari Hingga 28 Februari 2018 (Harga Minyak Minggu Ini)
  • RON95: RM 2.17 (turun 6 sen)
  • RON97: RM 2.43 (turun 7 sen)
  • DIESEL: RM 2.13 (turun 6 sen)
15 Februari Hingga 21 Februari 2018
  • RON95: RM 2.23 (turun 10 sen)
  • RON97: RM 2.50 (turun 11 sen)
  • DIESEL: RM 2.19 (turun 12 sen)
08 Februari Hingga 14 Februari 2018
  • RON95: RM 2.33 (naik 2 sen)
  • RON97: RM 2.61 (naik 3 sen)
  • DIESEL: RM 2.31 (turun 3 sen)
01 Februari Hingga 07 Februari 2018
  • RON95: RM 2.31 (naik 2 sen)
  • RON97: RM 2.58 (naik 2 sen)
  • DIESEL: RM 2.34 (naik 3 sen)
Loading...

Sunday, 18 February 2018

6 Faktor Mengapa Anak Anda Lambat Bercakap.


Menurut kajian, kanak-kanak normal mula bercakap pada sekitar usia setahun ke atas. Ia bergantung kepada perkembangan pertuturan normal kanak-kanak sekitar umur 10 hingga 12 bulan di mana perkataan pertamanya mula muncul.

Mereka akan mula memahami perkataan dan arahan pada sekitar usia tiga tahun. Komunikasi antara ibu bapa akan lebih mudah dan kosa kata mereka akan bertambah. Sekitar umur ini, kanak-kanak sepatutnya sudah dapat memahami apa yang dituturkan namun jika tidak, si manja anda mungkin mengalami masalah lambat bercakap.

Faktor Mengapa Anak Lambat Bercakap

1. Faktor kesihatan

Anak kerap mengalami demam dan selesema. Selain itu, sawan atau dilahirkan sebagai bayi pra-matang juga berisiko menyebabkan anak anda lambat bercakap. Tetapi bukan semua akan mengalaminya. Ia bergantung kepada perkembangan kesihatan anak itu sendiri.

2. Masalah pada otot pertuturan

Terdapat gangguan di bahagian otak anak anda (Apraxia of Speech) atau otot daripada mulut itu sendiri. Contoh seperti sukar untuk mengatur pergerakan bibir, lidah dan rahang, lidah berbelit (ankyloglossia) atau sumbing.

3. Masalah pendengaran

Jika anak ada memiliki masalah pendengaran, sukar bagi mereka untuk mendapatkan maklumat bahasa, meniru dan menghasilkan bunyi kerana tidak dapat mendengar bunyi yang dihasilkan orang sekeliling.

4. Kurang rangsangan bahasa

Ibu bapa kurang meluangkan masa, bermain bersama anak dan bercakap dengan anak. Jadi, ia menyebabkan anak kurang mendapat maklumat bahasa secara langsung dari orang yang paling hampir dengan mereka. Cuba untuk tidak mengajar mereka dengan bahasa pelat. Keluarkan perkataan yang betul supaya mereka dapat belajar.

5. Faktor keturunan

Tidak dinafikan juga bahawa unsur genetik atau kesihatan adalah antara penyebab mengapa kanak-kanak lambat bercakap. Selain itu, anak yang menghidapi penyakit Sindrom Down, gagap dan autisme.

6. Terlalu lama dengan peranti elektronik

Teknologi yang semakin pesat menyebabkan kanak-kanak masa kini lebih banyak menghabiskan masa dengan bermain gajet elektronik dan menonton televisyen. Walaupun terdapat rancangan pendidikan, tetapi kebanyakannya ialah komunikasi satu hala.

Sumber

Saturday, 17 February 2018

Satu Gambar RARE Ditemui, Jeneral Yamashita In Color. Pertemuan Raja-raja Melayu Dengan Harimau Malaya.

Foto dan Sejarah - Jeneral Yamashita, Sultan Terengganu dan Raja-Raja Melayu , 1942

Deskripsi:

11 April 1942, Sultan-sultan Melayu menerima undangan buat pertama kali bagi bertemu dengan Jeneral Tomoyuki Yamashita yang lebih dikenali sebagai 'Harimau Malaya' - Tentera Imperialis Jepun yang berjaya menawan Singapura dan Tanah Melayu dalam masa 70 hari dari British.

Pertemuan ini diaturkan bagi memaklumkan secara rasmi Singapura dan Tanah Melayu kini telah menjadi Tanah Jajahan kepada Kerajaan Imperialis Jepun.

Berdiri dari kiri: Marquis Yoshichika Tokugawa (Penterjemah serta Penasihat Jepun bagi Raja-Raja Melayu), Jeneral Tomoyuki Yamashita, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Sultan Zainal Abidin III (Sultan Terengganu), Tengku Ibrahim Petra Sultan Muhammad IV (Tengku Mahkota Kelantan), Tunku Badlishah Sultan Abdul Hamid (Raja Muda Kedah), Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah Sultan Sir Alauddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor), Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur Sultan Abu Bakar (Sultan Johor), Sultan Abdul Aziz Al Mutasim Billah Shah Raja Muda Musa (Sultan Perak) dan Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad (Yang Dipertuan Negeri Sembilan). Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur (bersongkok) mengenakan pingat “Order Of The Rising Sun” 1st Class (Grand Cordon) yang dikurniakan oleh Maharaja Jepun pada tahun 1934.

Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Sultan Abdullah (Sultan Pahang) dan Raja Syed Alwi Syed Saffi (Perlis) tiada dalam foto berkumpulan.

Rujukan Teks & Gambar:
Asahi Shimbun
Izmal Karim Archivist Tranung

Tuesday, 13 February 2018

Semak Tracking Number Pos Laju Malaysia Melalui Online Dan SMS.


Bagi anda yang menggunakan khidmat pos laju, anda kini boleh menyemak status penghantaran bungkusan anda menerusi atas talian atau melalui sms tanpa berurusan di kaunter pejabat Pos Laju.

Caranya sangat mudah hanya dengan memasukkan nombor tracking pos laju pada applikasi semakan yang tertera dibawah.

Cara Semak / Tracking Pos Laju Online


No. tracking

Contoh Semakan Tracking Number Pos Laju Malaysia Online


Semak Tracking Pos Melalui SMS

Cara kedua adalah sangat mudah kerana dilakukan secara offline tanpa memerlukan internet iaitu cara SMS. Berikut adalah cara untuk semak tracking pos melalui SMS.

1. Taipkan:
PL <jarak> [No tacking Pos]
Contoh PL EH12345678MY

2. Hantarkan ke 33333. Selesai.

Mudah kan cara untuk semak tracking pos laju ini. Moga perkongsian ini dapat memudahkan anda dalam menjejaki barang. :)

Teruskan Membaca:
Sumber

Saturday, 10 February 2018

Gred Permarkahan Sekolah Dari Tahun 1 Hingga Tingkatan 5.


Sebagai perkongsian, gred permarkahan terkini sekolah rendah dan sekolah menengah adalah seperti dibawah:

GRED PERMARKAHAN SEKOLAH RENDAH (DARJAH 1-6)


GRED PERMARKAHAN SEKOLAH MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1-3)


GRED PERMARKAHAN SEKOLAH RENDAH (TINGKATAN 4-5)


Tunggu apa lagi boleh mula menyemak mulai sekarang.

Sumber

Wednesday, 7 February 2018

Harga Minyak Terkini RON95, RON97 Dan Diesel Mingguan Dari 08 Februari Hingga 14 Februari 2018.


Selama seminggu yang lalu, minyak petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 2 sen. Manakala Diesel naik sebanyak 3 sen.

Sepanjang minggu ini berkuatkuasa esok, Khamis harga untuk RON95 dan RON97 masing-masing naik 2 sen dan 3 sen. Bagi Diesel pula turun 3 sen.

Berikut adalah maklumat perubahan harga runcit minyak petrol dan diesel di Malaysia.


08 Februari Hingga 14 Februari 2018 (Harga Minyak Minggu Ini)
  • RON95: RM 2.33 (naik 2 sen)
  • RON97: RM 2.61 (naik 3 sen)
  • DIESEL: RM 2.31 (turun 3 sen)
01 Februari Hingga 07 Februari 2018
  • RON95: RM 2.31 (naik 2 sen)
  • RON97: RM 2.58 (naik 2 sen)
  • DIESEL: RM 2.34 (naik 3 sen)
Loading...