Buat mereka yang tidak dapat mengikuti siaran langsung pembentangan di TV utama Malaysia, berikut dikongsikan intipati Bajet 2020 Malaysia.
Tema Belanjawan 2020
- Tema Bajet 2020 adalah Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke arah Kemakmuran Bersama.
- Sejumlah RM297 bilion diperuntukan secara keseluruhan (18.4% daripada GDP).
- RM241 bilion diperuntukan untuk perbelanjaan operasi.
- RM56 bilion lagi untuk perbelanjaan pembangunan.
- Teras Pertama: Memaju Pertumbuhan Ekonomi Dalam Ekonomi Baharu Dan Era Digital.
- Teras Kedua: Pelaburan Ke Atas Rakyat: Meningkatkan Keupayaan Modal Insan.
- Teras Ketiga: Mewujudkan Masyarakat Yang Bersatu, Inklusif Dan Saksama.
- Teras Keempat: Memulihkan Institusi Dan Kewangan Awam.
Ekonomi dan Ekonomi Digital
- Kadar Purata Pertumbuhan KDNK menurun dari 9.3% (tahun 1988 - 1997) ke 5.1% semenjak tahun 2000.
- Peluang daripada Perang Perdagangan. FDI meningkat 97% kepada RM49.5 billion pada separuh pertama 2019.
- InvestKL Malaysia akan ditubuhkan sebagai Saluran Khas bagi menarik pelaburan dari China.
- Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) yang dipengerusikan bersama oleh menteri kewangan dan menteri perdagangan antarabangsa dan industri ditubuhkan untuk mengatasi kelewatan dalam meluluskan pelaburan asing dan tempatan.
- Kaji Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Pakej Galakan Istimewa dan insentif Akta Cukai Pendapatan 1967 (dijangka siap 1 Januari 2020).
- Menyediakan pakej galakan pelaburan istimewa sehingga RM1 billion setahun untuk tempoh 5 tahun kepada syarikat Fortune 500 dan Global Unicorns.
- RM50 juta untuk pembaikan dan penyelenggaraan jalanraya ke Pelabuhan Klang.
- Harga jalur lebar dikurangkan sebanyak 49%.
- RM21.6 billion untuk NFCP - National Fiberisation & Connectivity Plan.
- RM250 juta untuk kawasan pedalaman Sabah Sarawak untuk infrastruktur internet.
- Geran RM50 juta untuk pembangunan ekosistem 5G.
- Matching Grant RM25 juta untuk projek perintis 5G.
- RM20 juta untuk E-Sukan.
- Rakyat berumur 18 tahun ke atas yang berpendapatan RM100,000 ke bawah setahun akan menerima RM30 dalam e-wallet bermula 1 Januari 2020 untuk kali pertama untuk merangsang penggunaan dompet nirtunai.
- RM10 Juta untuk Usahawan Industri Halal.
- Matrade akan ada RM50 Juta untuk menggalakkan pemasaran tempatan.
- Rm100 juta untuk skim pembiayaan usahawan perusahaan kecil Cina.
- RM20 juta oleh Tekun untuk Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India.
- Penubuhan Jawatankuasa Khas Kewangan Islam untuk menggalak dan membangunkan ekosistem kewangan islam (merangka Blueprint Ekonomi Islam).
- Pengecualian dan potongan cukai dana patuh syariah & SRI dilanjutkan sehingga 2023.
- Elaun Cukai Pelaburan Hijau - Pengecualian cukai pendapatan bagi perkhidmatan teknologi hijau akan dilanjutkan sehingga 2023.
- Pengecualian cukai pendapatan sehingga 10 tahun kepada 70% syarikat yang melaksanakan aktiviti pajakan tenaga suria.
- Kempen Sayangi Sawitku bagi menentang kempen anti-sawit dari luar negara.
- RM200 juta untuk bantuan musim tengkujuh untuk pekebun getah, dan RM 100 juta untuk insentif pengeluaran getah.
- RM100 juta untuk bekalan air Felda.
- RM70 juta untuk perumahan generasi baru peneroka Felda.
- RM738 juta untuk program penjanaan pendapatan kepada Risda dan Felcra
- Industri Tani akan menerima RM4.9 bilion.
- RM150 juta untuk galakan integrasi penanaman cili, nenas, tembikai dan buluh.
- RM30 juta untuk penghasilan Padi Pulut Pulau Langkawi - memanfaatkan 1,200 petani.
- Skim Baja Padi Kerajaan persekutuan & skim insentif pengeluaran padi RM855 juta.
- Malaysia kini menduduki tangga ke-35 untuk Global Innovation Index.
- RM524 juta untuk sektor R&D Awam.
- RM30 juta matching grant R&D dan bertujuan meningkatkan nilai sawit.
- RM10 Juta untuk menubuhkan Agensi Penyelidikan Malaysia.
- Penubuhan pejabat Inovasi Sehenti - bermula dengan Universiti Malaya.
- Pendapatan harta Intelek - pengecualian cukai selama 10 tahun.
- MESTECC & KPM ada RM 10 juta.
- RM1.1 bilion untuk MOTAC
- Taman Tema Antarabangsa - Pengecualain cukai 100% pendapatan untuk pelaburan baharu. Cendana ada dana RM5 juta untuk seni.
- Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020.
- RM25 Juta untuk MHTC Malaysia - untuk mengukuhkan kedudukan malaysia sebagai lokasi baik untuk kesihatan.
- #Malaysiakerja diperkenalkan. Rm 500 sebulan Insentif #graduankerja (pengambilan graduan menganggur lebih 12 bulan) RM 300 sebulan untuk majikan.
- #Perantiskerja - Program insentif TVET - elaun tambahan RM 100 sebulan.
- #wanitakerja - 33 ribu peluang pekerjaan untuk wanita 30 - 50 tahun.
- #watankerja - insentif gaji (pekerja) - RM350/500 sebulan. Insentif pengambilan majikan RM250 sebulan.
- Kerajaan akan menilai semula Akta Kerja 1955.Gaji minimum RM1200 di bandar-bandar utama.
- Cuti bersalin akan jadi 90 hari (berkuatkuasa 2021).
- Pekerja Kontrak akan ada skim KWSP.
- Skim Perkeso untuk 18 kumpulan yang bekerja sendiri.
- RM 500 juta untuk pusat rehabilitasi baru di Perak.
- KWSP i-Suri membolehkan suami menyumbang 2% ke dalam akaun isteri
- RM735 juta peruntukan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah: Sekolah Kebangsaan - RM300 juta, Sekolah Cina - RM50 juta, Sekolah India - RM50 juta, MRSM - RM50 juta, Sekolah Agama - RM50 juta, Mubaligh - RM50 juta, Tahfiz - RM50 juta, Sekolah Agama Rakyat Persendirian - RM25 juta, Sekolah Pondok - RM25 juta, Sekolah Persendirian Cina - RM15 juta.
- Program TVET RM 5.9 bilion.
- RM23 juta untuk kemudahan mesra OKU di sekolah.
- RM50 juta untuk pusat pembangunan kemahiran negeri.
- RM30 juta untuk 3,000 belia daripada keluarga berpendapatan rendah.
- RM20 juta matching grant untuk golongan dewasa dapatkan kursus IR 4.0.
- Pembangunan Inklusif: Memperluaskan liputan infrastruktur asas bagi kawasan luar bandar, terutamanya Sabah & Sarawak.
- RM 587 juta projek bekalan air luar bandar, dan RM 470 juta untuk Sabah & Sarawak.
- RM1 bilion untuk membina jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak.
- RM5 bilion peruntukan untuk BSH.
- Individu bujang lebih 40 tahun berpendapatan kurang RM2000 sebulan.
- Individu bujang lebih 40 tahun dan OKU layak menerima RM300.
- RM25 juta untuk program Bank Makanan / Food Bank.
- RM20 juta untuk 5 pusat latihan berdikari baharu / program latihan down syndrom / taska OKU.
- RM 15 Juta untuk Agensi Antidadah Kebangsaan.
- Magic akan menerima RM10 juta.
- RM57 juta untuk JAKOA dan tambahan RM 83 juta untuk pembangunan ekonomi, pendidikan dan infrastruktur orang asli.
- RM100 juta untuk Unit transformasi India Malaysia / MITRA.
- RM1.3 bilion untuk Menegakkan Syiar Islam.
- Bantuan khas one off RM 500 untuk setiap Imam, Bilal, Tok Siak, Noja, Merbot dan Guru Takmir.
- 1.6 bilion untuk bina hospital baru & naik taraf hospital sedia ada.
- RM 59 Juta untuk menambah bilangan ambulans NGO.
- RM 31 juta untuk sistem rekod perubatan secara elektronik.
- RM5 juta untuk klinik bergerak di kawasan luar bandar.
- Perluasan mySalam dan Peka B40.
- Mulai 1 Januari mySalam dipangjangkan kepada 45 penyakit kritikal termasuk penyakit terminal dan polio berbanding 36 penyakit sedia ada dan layak untuk individu berumur sehingga 65 tahun.
- Individu berpendapatan kasar tahunan sehingga RM100 ribu akan menerima pembayaran sebanyak RM4000 dan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari maksimum 14 hari.
- Peka B40 diperluaskan kepada individu berumur 40 tahun ke atas.
- Insentif Kesuburan sehingga RM10 ribu setiap individu.
- RM6,000 pelepasan cukai pendapatan keatas perbelanjaan rawatan perubatan.
- RM 85 juta untuk mengurangkan kesesakan Tambak Johor. 50 kaunter tambahan akan dibuka untuk penunggang motorsikal serta kaunter imigresen dan PLUS juga ditambah baik.
- Diskaun 18% di semua lebuhraya milik PLUS mulai tahun 2020.
- Pengambilalihan lebuhraya KESAS LDP SPRINT SMART.
- Penggunaan tol percuma pada waktu bukan puncak, diskaun sehingga 30% pada waktu sekitar puncak dan waktu biasa.
- Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar diperkenalkan (untuk golongan B40): RM 30 sebulan untuk pemilik kereta, RM 12 untuk pemilik motorsikal. Tertakluk kepada syarat.
- Pemandu layak (bukan golongan B40) pula akan menerima KAD95 dan mendapat subsidi petrol 30 sen seliter (100 liter sebulan untuk kereta dan 40 liter sebulan untuk motosikal).
- Harga runcit petrol dan diesel akan diapungkan secara beransur.
- Pemandu di Sabah dan Sarawak menikmati harga siling petrol subsidi RM2.08 untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel.
- Kempen Pemilikan Rumah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2019.
- Skim Rent To Own: Jaminan 30% atau 3 Bilion untuk pembelian rumah pertama yang bernilai kurang RM500,000.
- Skim Perumahan Belia BSN dilanjutkan mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021.
- Skim Perumahan Belia menawarkan pembiayaan penuh dan bantuan ansuran sebanyak RM200 sebulan untuk 2 tahun pertama terhad kepada 10 ribu unit rumah.
- RM100 juta untuk baikpulih rumah berstrata kos rendah dan sederhana.
- RM10 juta untuk membaikpulih PPR.
- RM15 untuk Inisiatif Bandar Selamat.
- RM 299 juta untuk menaiktaraf kemudahan sukan.
- RM179 juta untuk Sukan Olimpik 2020, Sukan Sea 2021.
- RM 45 Juta untuk pembangunan Bola Sepak Negara.
- RM 10 juta pembangunan atlet wanita.
- RM138 juta untuk Kelab Pemuda Belia (YPC), Malaysia Future Leaders School (MFLS) dan inisiatif sukarelawan.
- RM30 juta untuk jabatan alam sekitar dan jabatan kimia.
- Bantuan Bencana RM 100 juta.
- RM48 juta untuk memulihara keaslian hutan dan biodiversiti. RM 10 juta untuk matching grant sektor swasta.
- RM15.6 bilion untuk kementerian pertahanan.
- Meningkatkan mobiliti tentera Malaysia.
Institusi dan Kewangan Awam
- Nombor Pengenalan Cukai (TIN) diperkenalkan mulai Januari 2021 untuk perniagaan/individu berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai hasil pendapatan.
- RM 235 Juta untuk Kastam bagi membeli 20 pengimbas kargo berteknologi tinggi.
- Projek Bandar Malaysia diteruskan dengan penambahan 5,000 rumah mampu milik dan lebih penglibatan kontraktor Bumiputera.
- Program 3R - Repair, Replace, Restore untuk membaikpulih dan menyelenggara aset awam sebanyak RM 10.5 bilion.
- Kempen Beli Barangan Malaysia diperkenalkan.
- RM1.3 bilion Projek Kerajaan khusus kontraktor Bumiputera.
- 100 kakitangan SPRM akan ditambah.
- Ombudsman Malaysia bagi menggantikan biro pengaduan awam.
- 11,500 CCTV akan dipasang di pintu masuk imigresen, dan pusat tahanan polis.
- Kadar bantuan sara hidup (COLA) ditingkatkan sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana penjawat awam.
- Penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai untuk penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun.
- Faedah Ex Gratia kematian sebanyak RM 150k.
- Elaun RELA dinaikkan sebanyak RM 2 sejam.
- Elaun khas skim perkhidmatan bomba RM 200 sebulan.
- RM 500 untuk pemegang Pingat Jasa Malaysia & Veteran Tentera.
- Kuarters PDRM sebanyak RM 250 juta.
- Bantuan Khas Kewangan RM 500 untuk gred 56 kebawah.
- Bantuan Khas Kewangan RM250 untuk pesara kerajaan dan termasuk veteran yang tidak berpencen.
EmoticonEmoticon