Friday, 12 April 2019

Bagus Anda Belajar Dulu Dan Buat Penyelidikan Tentang Maksud MA63 Sebelum Mempersalahkan GPS Dan MP Dari Sabah Yang Menolak RUU Pindaan 2019.

Tags


Berita TV1 dan TV3 Malaya dan MP PH balik-balik mempersalahkan GPS dan beberapa MP dari Sabah kerana tidak menyokong RUU Pindaan 2019. Tidak kurang yang menyalak macam anjing kurap di bawah kolong.

Namun demikian, adakah mereka benar-benar tahu dan faham mengapa GPS dan beberapa MP dari Sabah tidak menyokong pindaan tersebut? Adakah mereka tahu dan faham apa masalah dan kelemahan pindaan Perkara 1(2), Perkara 160(2) dan Artikel 1 MA63?

Jika tidak tahu dan tidak faham, bagus belajar dulu dan buat penyelidikan tentang maksud Perkara 1(2), Perkara 160(2), Artikel 1 MA63 dan Artikel 8 MA63 sebelum mempersalahkan GPS dan beberapa MP dari Sabah yang menolak RUU Pindaan 2019 itu. Personally, penulis menyokong pendirian dan keputusan GPS dan beberapa MP dari Sabah yang menolak pindaan tersebut. Kerana RUU Pindaan 2019 itu hanya permainan bahasa dan kosmetik Malaya untuk mengaburi minda Sabahans dan Sarawakians, sedangkan RUU Pindaan 2019 itu sebenarnya tidak mengubah fungsi Kerajaan Sabah dan Sarawak, tidak mengubah fungsi Kerajaan Persekutuan dan tidak mengubah status "Sabah Negeri Ke-12" kepada "Negara Sabah" dan "Sarawak Negeri Ke-13" kepada "Negara Sarawak".

Apakah ertinya RUU Pindaan 2019 jika Sabah dan Sarawak masih berstatus "Negeri-negeri" dalam Persekutuan Tanah Melayu 1957? Mengapakah Kerajaan Pusat Malaya berat hati dan takut meminda perkataan "Negeri-negeri" kepada "Negara-negara" di dalam Perkara 1(2)? Apakah ertinya RUU Pindaan 2019 jika Perkara 160(2) yang mendefinisikan "Persekutuan" masih merujuk kepada "Persekutuan Tanah Melayu 1957"?

Pindaan Perkara 1(2) sepatutnya berbunyi:-

"(2) Negara-negara anggota Persekutuan Malaysia 1963 selepas Singapura 'dikeluarkan' dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 hendaklah terdiri daripada "Tiga (3) Negara Anggota Yang Sama Taraf", iaitu:-

(a) Negara Malaya/Persekutuan Tanah Melayu (yang terdiri daripada 11 negeri, iaitu Johor, Melaka,..., dan Perlis);

(b) Negara Sarawak (yang terdiri daripada 9 Division (Negeri), iaitu...); DAN

(c) Negara Sabah (yang terdiri daripada 6 Residensi (Negeri), iaitu Negeri Kinabalu, ..., dan termasuk Negeri Pulau Labuan)."

Dan Perkara 160(2) yang mendefinisikan "Persekutuan" sepatutnya merujuk kepada "Persekutuan Malaysia 1963" yang dibentuk pada 16 September 1963, BUKAN "Persekutuan" yang merujuk kepada "Persekutuan Tanah Melayu 1957".

Justeru, perlembagaan yang diguna pakai sepatutnya adalah suatu perlembagaan baharu, iaitu "Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963", BUKAN "Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957" yang bertopengkan (menyamar) "Persekutuan Malaysia".

Pindaan mestilah menyeluruh dan serentak, dan bukan separuh-separuh atau berperingkat-peringkat. Pindaan termasuklah mengembalikan hak sempadan dan wilayah laut Sabah dan Sarawak, pemulangan Pulau Labuan kepada Sabah, pembatalan Perjanjian Minyak 1976 dan pemulangan hak milik minyak kepada Sabah dan Sarawak, imigresen, agama, bahasa, dan lain-lain jaminan, akujanji-akujanji dan syor-syor seperti mana atau selaras dengan kehendak Artikel 8 MA63.

[email protected]

Artikel Terkait

Content Champion at Media Comel Berhad.


EmoticonEmoticon