Monday 18 March 2019

Semak Dan Pohon Jawatan Kosong Guru Interim KV / SMT 2019.

Tags


Permohonan jawatan kosong Guru Interim 2019 di Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) kini dibuka.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut serta syarat permohonan terkini seperti yang tertera di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KPM mempelawa calon yang berkelayakan untuk menjadi guru interim berdasarkan Skim Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Jawatan yang ditawarkan ialah Guru Interim pelbagai subjek di KV dan SMT negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Tempoh lantikan adalah selama 3 tahun sahaja.

Calon mestilah mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) secara Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di IPG yang ditetapkan.

Permohonan boleh dibuat secara online di portal pengambilan jawatan kosong guru interim - bermula dari 18-29 Mac 2019.

SYARAT PERMOHONAN JAWATAN KOSONG GURU INTERIM 2019

Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang ditetapkan KPM, iaitu:
  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Februari 2019
Calon juga hendaklah memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan Bahasa Inggeris
  • CGPA minimum 2.5
  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM
Calon yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berserta pengalaman bekerja di bidang industri berkaitan adalah keutamaan untuk dipilih sebagai guru interim bidang vokasional.

Bagi calon lepasan IPTS, anda perlu mendapatkan sijil pengiktirafan ijazah (MQA) yang boleh dimuat turun di laman web http://www2.mqa.gov.my/esisraf/

MAKLUMAT JAWATAN

Berikut antara maklumat jawatan sebagai guru interim termasuk gaji dan bonus-bonus yang disediakan.
  • Gred: Guru Interim DC41
  • Elaun Bulanan: RM2,149.03 (Ijazah Kepujian) / RM1,944.62 (Ijazah Am)
  • Imbuhan Tetap Perkhidmatan Awam
  • Bantuan Sara Hidup
  • Bayaran Insentif Pedalaman
  • Elaun Balik Kampung
  • Elaun Perumahan Wilayah, dan banyak lagi.
Selain itu, guru interim juga turut dibekalkan cuti sakit, cuti penggal sekolah bergaji penuh, cuti rehat khas, rawatan perubatan dan pergigian.

Antara kemudahan penjawat awam lain yang tidak layak dipohon ialah:
  • Imbuhan Tetap Perumahan
  • Rawatan perubatan di luar negeri
  • Pinjaman perumahan/ kenderaan/ komputer
  • Cuti separuh gaji
  • Cuti tanpa gaji
  • Cuti bersalin
  • Cuti belajar
  • Cuti kecederaan
  • Cuti kerantina
  • Cuti Tibi, Kusta dan Barah
  • Cuti tanpa rekod
  • Cuti haji
CARA MEMOHON

Permohonan hanya boleh dibuat online dengan mengisi borang jawatan kosong di sini http://etvet.moe.edu.my/interim-kv-smt-2019/

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi mana-mana talian di bawah:

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA.

(u.p.: Sektor Pengurusan Guru)
No. Telefon: 03-8884 5145/5105/5107/5100/5069/5070

Untuk iklan penuh jawatan anda boleh download PDF ini.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Comel Berhad.


EmoticonEmoticon