Tuesday 26 March 2019

Pelancong Asing Mengadu Paip Mandian Di Vietnam Terlalu Rendah, Tetapi Hakikatnya...

Tags


Seorang pelancong asing baru-baru ini telah berkunjung ke Hanoi, Vietnam dan berkongsi pengalamannya menggunakan paip mandian yang dikatakan terlalu pendek.

Di dalam perkongsian yang dimuat naiknya itu, Hamish Carruthers turut berkongsi gambar beliau sedang mandi sambil membongkokkan badannya di dalam sebuah tandas.

"Suhu yang sejuk tidak menganggu saya tetapi, kenapa pancuran terlalu rendah dan air terlalu slow? Kamu perlu bengkokkan badan untuk basuh rambut dan orang Vietnam bukanlah terlalu rendah...."

"Saya telah menginap di dua hostels yang berlainan tetapi kedua-duanya mempunyai stail mandian seperti itu, apa pendapat korang tentang mandian Vietnam ini?"



Perkongsian itu telah viral dan gambar dia yang sedang membasuh rambut dengan menggunakan pancuran air tandas duduk telah menimbulkan isu daripada netizen yang lain.

Hamish yang mempertikaikan betapa rendahnya pancuran mandi dan mengatakan bahawa dia tidak rasa bahawa orang-orang Vietnam pendek.

Statusnya itu telah menarik perhatian ramai orang dan mengatakan pancuran itu bukan untuk mandi tapi untuk kegunaan tandas duduk.


Tidak pasti jika dia sebenarnya bergurau dengan status itu atau dia benar-benar ingat itu adalah pancuran mandian.

Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Comel Berhad.


EmoticonEmoticon