Saturday, 16 March 2019

8 Tips Lelaki Nak Nampak 'Smart' Walaupun Mukamu Jelek Dimata Kekasih.

Tags


Penampilan sangat penting untuk setiap pasangan kekasih apabila ingin keluar bersama. Lelaki yang kacak kalau pakai apapun nampak smart tapi bagaimana pula dengan lelaki yang mempunyai rupa paras biasa atau jelek gitu nak nampak smart?

Disini watasi tunjukkan caranya.

Berikut dikongsikan tips oleh Nuaim di dalam laman twitternya cara untuk lelaki nampak smart walaupun muka anda tidak berapa cukup sifat (tak handsome - hidung pelapah kelapa) yang boleh anda ikut untuk menutup sedikit kejelekanmu semasa keluar dating.

Tips untuk kelihatan kemas semasa keluar dating:

1. Pemilihan Baju


Pastikan pakai baju yang ngam-ngam dengan badan. Jangan terlalu kecil sangat dan jangan terlalu mengelebih sangat. Kalau nak pakai kemeja, pakai yang slim fit supaya baju anda kelihatan kemas dan dan tidak nampak rongok sangat.

2. Rambut

Nak pergi date ke na keluar ke tempat-tempat penting ke, pastikan rambut dalam keadaan kemas. Jangan biarkan rambut kering. Pakai wax atau pomade. Baru nampak smart bukan sahaja di mata kekasih anda tapi orang di sekeliling anda.

3. Elakkan Muka Berminyak

Pastikan muka anda tidak berminyak. Letak bedak sebelum keluar. Kalau anda mempunyai masalah kulit muka berminyak, bawa je pencuci muka masa dating. Letak dalam handbag kekasih anda.

4. Pakai Perfume

Jika anda mengalami mempunyai bau badan yang agak kuat. Jangan lupa pakai deodorant. Beli perfume yang mahal sedikit kerana baunya tahan lama dan pastikan baunya jangan terlalu keras, kang tak pasal-pasal kekasih anda pengsan berbuih mulutnya.

5. Jam Tangan

Ada perempuan sukakan lelaki yang memakai jam tangan. Tapi pemilihan jam tangan semasa dating juga perlu diambil perhatian. Nak hensem pakai jam besi atau kulit.

6. Elakkan Pakai Jersi

Kalau boleh elakkan memakai jersi jika keluar dating. Serius tak smart. Dinasihatkan memakai baju yang berkolar atau kemeja. Ini membuatkan anda kelihatan kemas dan smart.

7. Warna


Kombinasi warna pakaian sangat penting untuk menampakkan kekemasan dalam diri. Jangan pula andapakai baju hijau, seluar pink, kasut biru. Dah macam aiskrim paddlepop.

8. Kebersihan

Potong kuku kaki dan tangan jika terlalu panjang dan kotor. Bukan nak interview jer kena kemas dan bersih. Nak dating pun sama. Barulah teman wanita tidak lari.

**Kata orang, biar mukamu jelek, hidung pesek seperti pelapah kelapa tapi yang penting penampilan diri smart dan yakin dapat menutup sedikit kekurangan yang ada pada diri anda.

Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Comel Berhad.


EmoticonEmoticon