Friday, 18 January 2019

Kontroversi Video Kelab Malam, Ernisha Dakwa Ada Pengkhianat, Warganet ‘Serang’ Anna Jobling.

Tags


Kemelut yang melanda peserta Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee bermula apabila satu video miripnya sedang minum minuman keras tersebar di laman sosial. Pihak penganjur semalam mengambil keputusan drastik dengan menarik balik gelaran Dewi Remaja yang dimahkotakan kepada Haneesya sebelum ini.

Tambah menghangatkan keadaan apabila salah seorang peserta yang terbabit dalam video berkenaan, Ernisha memuatnaik screenshot perbualan aplikasi Whatsapp yang menimbulkan tanda tanya.

Kenapa nak kena gelabah?



Ernisha yang juga merupakan peserta top 12 pertandingan itu memuatnaik screenshot perbualan dengan seorang individu mendakwa salah seorang finalis menggelabah dan ibu-ibu mereka mahu berjumpa untuk bersemuka.

Menurut Ernisha di kapsyen Instagram story itu, tiada siapa perlu menggelabah atau sebenarnya pihak berkenaan takut jika identiti pengkhianat terbongkar. Tambahnya, jika pengkhianat dalam pertandingan itu, dia tidak akan mendiamkan diri.

Dedahkan apa ya?



Dalam screen shot lain dipercayai membabitkan perbualan seorang peserta, individu itu mengatakan dia bimbang ‘didedahkan’, namun tidak dapat dipastikan apa yang sebenarnya dimaksudkan.

Ernisha juga mempersoal kenapa perlu peserta berdarah kacukan itu takut jika tidak bersalah dalam hal ini.

Haneesya bagi hint?




Haneesya menerusi Twitternya turut dilihat berkongsi semula status yang seperti menyindir sesetengah pihak. Namun, RT berkenaan dilihat telah dipadamkan dari akaun Haneesya.

Peminat ‘serang’ IG Anna


Ni ke yang tikam kawan tu?





Sumber: Ernisha, Haneesya Hanee, Anna Jobling. OhBulan

Artikel Terkait

Content Champion at Media Comel Berhad.


EmoticonEmoticon