Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya jangan berputus asa, terus mencuba lagi, atau membuat rayuan di peringkat atas.
Semoga info semakan eGTukar Januari 2019 ini tidak membuatkan hati anda gelisah menunggu keputusan. Banyakkan berdoa dan berzikir serta bersedekah membantu orang yang memerlukan.
Semakan egtukar boleh dibuat di laman web berikut:
Pastikan anda memasukan id pengguna dan kata laluan yang betul.
Id dan kata laluan biasanya sama dengan eoperasi, sekiranya terlupa boleh menggunakan Single Sign On (SSO) iaitu 1 Id untuk semua aplikasi KPM.
Keputusan egtukar bagi sesi Januari 2019 ini adalah yang terakhir untuk tahun 2018 ini. Mungkin sesi kali ini lebih ramai berbanding Jun dan Oktober.
Antara faktor yang dilihat oleh KPM seperti:
- Sakit kronik
- Ancaman keselamatan
- Duka lara
- Tempoh berkhidmat
- Permohonan bersama
Keputusan adalah muktamad, sebarang pembatalan keputusan adalah tidak dibenarkan.
Loading...
EmoticonEmoticon