Wednesday, 7 March 2018

Bini ‘Muda’ Milik Datuk Jamal Abdillah.


Penyanyi Datuk Jamal Abdillah memperkenalkan isteri baharunya secara rasmi kepada umum.

Jamal, 59 memperkenalkan isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin ‘muda’ yang berusia 24 tahun yang dinikah pada 1 April, tahun lalu.

Izzati berasal dari Kulim, Kedah dan perkahwinan mereka diangsungkan di Ipoh, Perak.

Jamal yang tampil di majlis sidang media mengumumkan persembahannya sempena Minggu Setiausaha Bersama Dayang Nurfaizah petang tadi turut mendedahkan dia dan isteri hanya berkenalan selama dua bulan sahaja sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Urusan kahwin saya dan isteri dipermudahkan dan saya anggap ia sebagai anugerah dari Allah SWT pada saya.

“Saya dikurniakan isteri pada usia begini membuatkan saya amat menghargainya dan akan menjaganya sebaik yang mungkin meskipun jarak usia kami terlalu jauh,” katanya kepada media dipetik Astro AWANI.

Berkongsi tentang ciri isteri yang membuatkan dia jatuh hati, kata penyanyi yang dikenali sebagai Raja Pop ini, keperibadian Izzati yang lembut membuatkan dia tertarik.

Perkahwinan ini merupakan kali keempat buat Jamal yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Jamal mempunyai dua cahaya mata iaitu Osama Yamani, 17 tahun, daripada perkahwinan kedua dan Ahmad Zaki Yamani, 11 tahun, daripada perkahwinan ketiganya.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Comel Berhad.


EmoticonEmoticon