Kulit tak bermaya dan kusam boleh menjejaskan penampilan seseorang sehingga mengganggu tahap keyakinan diri. Terasa diri serba kekurangan dan malu berada dalam kelompok yang ramai.
Inilah 5 cara mengembalikan seri kulit kusam dan tak bermaya yang boleh anda cuba.
1. Guna Pelempap
Amalkan menyapu pelembap kulit setiap hari. Memandangkan banyak produk pelembap di pasaran, disarankan agar berjumpa pakar kulit terlebih dahulu sebelum memilih yang sesuai dengan anda.
2. Minum Air 8 Gelas Sehari
Kurang air dalam badan menyebabkan kulit jadi kering dan nampak tidak bermaya menjadikan anda tampil tua daripada usia. Latih diri minum air 8 gelas sehari untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit.
3. Ambil Makanan Mengandungi Beta Karoten
Buah-buahan dan sayur-sayuran misalnya mengandungi Beta karoten iaitu sejenis mineral antioksidan yang mempercepatkan proses kelembapan kulit. Apa lagi, jom makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Dalam masa sama, ia membuang toksin dalam badan dan mengembalikan seri kulit kusam.
4. Mari Bersenam
Apabila bersenam, peluh yang keluar membawa sekali toksin dalam badan. Bukan sahaja menukar kulit kusam kepada lebih segar malah tubuh badan kembali bertenaga. Tahap konfiden anda juga pasti meningkat.
5. Tambah Suplemen
Kekurangan masa mendapatkan makanan seimbang boleh diatasi dengan mengambil suplemen yang lengkap untuk atasi kulit kusam. Suplemen ini akan menampung keperluan nutrisi yang diperlukan oleh badan.
Sumber

EmoticonEmoticon