Wednesday 21 February 2018

UTHM Dedah Buah ‘Bambangan’ Mampu Bunuh Sel Kanser Payudara...‘Kesan Tindak Balas Seawal 48 Jam.’

Tags


Buah Bambangan seakan-akan seperti mangga ini mempunyai banyak faedah yang tak pernah kita ketahui.


Tahukah anda, buah bambangan dapat mematikan sel kanser kira-kira 15% dalam masa 24 jam? Malah, buah ini turut tersenarai dalam tumbuhan terancam International Union for Conservation of Nature and Natural Resources (IUCN).

Buah ini juga banyak didapati di Sabah dan Sarawak pada kawasan pendalaman yang ditanam oleh penduduk tempatan. Seorang saintis Universiti Tun Hussein Onn (UHTM) menemui khasiat disebalik biji bambangan bagi menyekat pertumbuhan sel kanser payudara.

Melawan kanser


Dr. Mohd Fadzelly Abu Bakar telah membuat pertemuan kira-kira 15% daripada sel-sel payudara mati dalam masa 24 jam. Buah ini juga bagus bagi kaum wanita untuk mengelak dari pertumbuhan sel kanser payudara.


Kesan selepas 48 jam

Menurut saintis ini, sel kanser payudara mampu dimusnahkan dalam tempoh 72 jam apabila ekstrak biji bambangan didedahkan kepada sel berkenaan, manakala, tindak balasnya bermula dalam tempoh 48 jam pula. Dalam tempoh 72 jam, hampir 90% populasi sel kanser payudara mati.

Variasikan cara makan


Bagi menikmati buah ini kaedah mengupasnya agak berbeza. Ianya tidak seperti buah mangga yang memiliki kulit nipis, malah, buah bambangan ini kulitnya agak tebal dan cara mengupas adalah mengoyakkan kulit tersebut.



Ada masyarakat tempatan gemar makan buah ini bersama garam dan cili. Bagi mendapatkan rasa yang lebih sedap, buah bambangan ini sesuai dijadikan jeruk. Malah, ianya juga sesuai jika dicampur dengan sambal belacan dan makan bersama nasi.




Kredit

Artikel Terkait

Content Champion at Media Comel Berhad.


EmoticonEmoticon