Saturday, 17 February 2018

Satu Gambar RARE Ditemui, Jeneral Yamashita In Color. Pertemuan Raja-raja Melayu Dengan Harimau Malaya.

Tags

Foto dan Sejarah - Jeneral Yamashita, Sultan Terengganu dan Raja-Raja Melayu , 1942

Deskripsi:

11 April 1942, Sultan-sultan Melayu menerima undangan buat pertama kali bagi bertemu dengan Jeneral Tomoyuki Yamashita yang lebih dikenali sebagai 'Harimau Malaya' - Tentera Imperialis Jepun yang berjaya menawan Singapura dan Tanah Melayu dalam masa 70 hari dari British.

Pertemuan ini diaturkan bagi memaklumkan secara rasmi Singapura dan Tanah Melayu kini telah menjadi Tanah Jajahan kepada Kerajaan Imperialis Jepun.

Berdiri dari kiri: Marquis Yoshichika Tokugawa (Penterjemah serta Penasihat Jepun bagi Raja-Raja Melayu), Jeneral Tomoyuki Yamashita, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Sultan Zainal Abidin III (Sultan Terengganu), Tengku Ibrahim Petra Sultan Muhammad IV (Tengku Mahkota Kelantan), Tunku Badlishah Sultan Abdul Hamid (Raja Muda Kedah), Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah Sultan Sir Alauddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor), Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur Sultan Abu Bakar (Sultan Johor), Sultan Abdul Aziz Al Mutasim Billah Shah Raja Muda Musa (Sultan Perak) dan Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad (Yang Dipertuan Negeri Sembilan). Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur (bersongkok) mengenakan pingat “Order Of The Rising Sun” 1st Class (Grand Cordon) yang dikurniakan oleh Maharaja Jepun pada tahun 1934.

Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Sultan Abdullah (Sultan Pahang) dan Raja Syed Alwi Syed Saffi (Perlis) tiada dalam foto berkumpulan.

Rujukan Teks & Gambar:
Asahi Shimbun
Izmal Karim Archivist Tranung

Artikel Terkait

Content Champion at Media Comel Berhad.


EmoticonEmoticon