Wednesday, 17 January 2018

Tak Sangka Drama Lakonan Farid Jadi ‘Trending’.


Kontroversi membabitkan Datuk Farid Kamil Zahari, 37, meninggalkan kesan terhadap naskhah lakonannya, Lafazkan Kalimah Cintamu, apabila episod pertama drama bersiri itu, kelmarin, menjadi ‘trending’ di laman sosial Twitter.

Nyata, isu panas yang membelenggu pengarah dan pelakon terbabit, sejak Khamis lalu, tidak memadamkan hasrat penonton untuk mengikuti drama rantaian arahan Along Kamaluddin itu.

Di bawah tanda pagar #lafazkankalimahcintamu, drama adaptasi novel yang sarat elemen cinta itu berada di tempat pertama dalam senarai sohor kini di Malaysia, pada 15 Januari lalu.

Dalam drama berkenaan, Farid yang membawakan watak Tengku Ryan Amir bergandingan dengan Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah. Turut berlakon ialah Nadiyah Shahab, Liza Abdullah, Azri Iskandar, Adibah Noor dan Azhar Sulaiman.

Ia berkisar mengenai seorang gadis, Tengku Aqilah, yang disisihkan bapanya sendiri kerana dikatakan menjadi punca kematian ibunya dan kemudian dihantar belajar ke luar negara.

Selepas kembali ke tanah air dan bekerja dalam syarikat keluarga usai pengajian, gadis itu terus berdepan kebencian, termasuk oleh kakaknya sendiri dan seorang lelaki bernama Tengku Ryan Amir.

Lafazkan Kalimah Cintamu mula ditayangkan pada 15 Januari lalu di sebuah saluran berbayar, jam 10 malam.

Semalam, Farid yang juga suami kepada pelakon, Datin Diana Danielle, dibebaskan dengan jaminan polis sebanyak RM12,000 di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, selepas ditahan reman selama lima hari.

Pada Khamis minggu lalu, bintang Tombiruo: Penunggu Rimba dan J Revolusi itu ditahan apabila mencetuskan kekecohan kerana menampar anggota polis dan menendang orang awam dalam kejadian di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Comel Berhad.


EmoticonEmoticon