Friday, 22 December 2017

Jutaan Siput Terdampar Di Tepi Pantai Kabong.

Tags


KABONG: Fenomena cuaca yang tidak menentu pada masa kini menyaksikan limpahan begitu banyak siput terdampar di tepi pantai di sini pada masa kini.

Kehadiran jumlah siput yang sangat luar biasa banyaknya itu boleh diihat di sepanjang gigi air. Keadaannya menjadi lebih menarik dilihat ketika air laut surut.

Selain itu di atas pantai berpasir siput -siput berkenaan terbentuk menjadi beberapa longgokan yang menyerupai seperti pulau kecil.

Limpahan begitu banyak siput itu mengundang kehadiran ramai penduduk dan penggemar siput untuk datang mengutipnya secara percuma dan mereka boleh menggumpul seberapa banyak yang mereka hajati.


Bagi sesetengah penduduk ada yang datang sekadar untuk suka-suka dan mengambil sedikit untuk dibawa pulang.

Dan bagi sesetengah yang lain ada yang mengambilnya untuk dijual.

Kehadiran siput yang begitu banyak sejak beberapa hari lalu adalah kesan daripada keadaan laut yang bergelora yang seterusnya hempasan ombak membawa siput itu ke gigi air dan tebing pantai.

Suasana kehadiran begitu banyak siput sedemikian jarang berlaku dan keadaan seperti itu hanya dinikmati dalam tahun 1970-an dan 1980-an dahulu.

Bagi penggemar makanan laut terutamanya siput, ia boleh dimasak dengan beberapa cara dan dikatakan begitu enak dimakan.


Kulit siput tersebut boleh dijadikan bahan kraftangan bagi yang kretif dan meminatinya. Cengkerang itu juga boleh diproses untuk dijadikan kapur untuk makan sirih.

Siput yang membanjiri tepian pantai di sini dipercayai akan terus dapat dikutip dalam beberapa hari lagi sebelum ia kembali dihakis ombak apabila air pasang.

Justeru kepada peminat siput laut anda boleh mendapatkan siput itu di tepi pantai di sini pada masa kini tanpa perlu membayar sebarang kos untuk mendapatkannya.


Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Comel Berhad.

This Is The Oldest Page


EmoticonEmoticon