Friday, 22 December 2017

(5 Gambar) Wanita Putus Kepala Dalam Kemalangan Di Nilai.

Tags


NILAI - Seorang wanita maut dalam keadaan mengerikan dengan kepalanya putus selepas kereta yang dipandu merempuh pembahagi jalan di Kilometer 46.4, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), dekat sini, pagi ini.

Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Azrul Hisham Mohd. Shaffie berkata, nahas membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu mangsa dari arah Sepang, Selangor menuju ke arah Nilai.





“Siasatan awal mendapati, kereta dipandu mangsa di lorong paling kanan terbabas sebelum merempuh pembahagi di tengah jalan.

“Rempuhan itu menyebabkan wanita itu tercampak keluar dari kenderaan lalu terlanggar besi penunjuk arah jalan sehingga mengakibatkan kepalanya putus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azrul Hisham berkata, mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk dibedah siasat.

loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Comel Berhad.


EmoticonEmoticon