Friday, 10 August 2018

Mahkamah Tolak Permohonan Najib.

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas keputusan pendengaran permohonan mendapatkan perintah larangan bagi menghalang media dan orang ramai daripada membicarakan merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapinya. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan perintah larangan bagi menghalang media dan orang ramai daripada membicarakan merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapinya.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan terbabit selepas berpuas hati bahawa permohonan itu tidak wajar.

“Walaupun mahkamah mungkin mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah larangan itu, dalam kes ini perlu ditentukan sama ada terdapat risiko prejudis terhadap perbicaraan yang adil dan proses keadilan.

“Dan oleh itu, kesimpulan yang dapat saya buat ialah permohonan ini tidak berjaya kerana undang-undang penghinaan mahkamah dan fitnah sedia ada sudah cukup untuk mengendalikan risiko prejudis atau campur tangan dalam sistem keadilan jenayah,” katanya.

Beliau memutuskan bahawa sekatan tambahan kepada undang-undang menghina mahkamah hanya boleh diberikan di dalam kes tertentu saja yang mana risiko berlakunya prejudis adalah sangat tinggi dan jelas.

“Jika terma tertentu di dalam permohonan hari ini dibenarkan, ia akan menceroboh hak kebebasan bersuara mengikut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh itu saya menolak permohonan ini,” katanya.

Sementara itu peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Mahkamah Tinggi sebelum ini membenarkan perintah larangan sementara yang dikemukakan Muhammad Shafee.

Beliau membuat permohonan itu atas alasan untuk mengelakkan kenyataan yang tidak adil terhadap anak guamnya. - BH Online

Saturday, 4 August 2018

'Orang Kristian Sudah Ambil Alih Putrajaya'


Pada malam terakhir kempen pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis, Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman memberi amaran kepada pengundi di kawasan itu mengenai pemimpin Kristian dalam kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Bercakap kepada sekumpulan pengundi Melayu di Kampung Jawa malam ini, beliau merujuk kepada video tular yang menunjukkan paderi Kristian meraikan kemenangan HARAPAN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.

"Orang Kristian sudah mengambil alih, take over kuasa Putrajaya dan negeri-negeri yang saya sebut tadi. Betul memang betul.

"Sekarang ini menteri-menteri, tengok. Lim Guan Eng tu Kristian, Anthony Loke Kristian, Tony Pua Kristian, Hannah Yeoh Kristian.

"Teresa Kok - Khalid Samad marah apabila saya kata Teresa Kok ini satu-satu perempuan yang ada 'kok'," katanya disambut gelak ketawa orang ramai.

Tajuddin mendakwa ahli-ahli politik DAP berkenaan menggunakan kedudukan mereka dalam kerajaan untuk mengembangkan ajaran Kristian.

"Nama-nama yang saya sebut ini mereka ini pengembang agama Kristian. Mereka ini pengembang agama Kristian.

"Kita kena waspada. Dalam dia berpolitik, dia menggunakan platform politik untuk mengembang, menyebar agama Kristian," dakwanya.

Lim merupakan menteri kewangan manakala Loke dilantik sebagai Menteri Pengangkutan dalam kabinet perdana menteri, Tun Dr Maahthir Mohamad.

Pua pula merupakan pegawai khas di kementerian kewangan, manakala Yeoh merupakan timbalan menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat. Kok pula dilantik mengetuai kementerian industri utama.

Ahli politik Umno itu juga mendakwa DAP berkuasa dalam HARAPAN dan di sebalik keputusan dibuat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga menjangkakan DAP suatu hari nanti akan berusaha untuk menghapuskan raja-raja Melayu dan menjadikan Malaysia sebuah republik.

"Jangka panjang, tuan-tuan, puan-puan ini penting ni.

"Beberapa hari nanti kalau boleh mereka nak hapuskan raja-raja Melayu.

"Mereka nak tubuhkan satu sistem pemerintahan seperti Singapore, tak ada raja tak ada sultan, tak ada Yang di-Pertuan Agong.

"Sistem republik - iaitu ketua negara terdiri daripada siapa sahaja - boleh jadi Melayu, Cina, India," dakwanya. - Malaysiakini

Thursday, 2 August 2018

ADUN Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin Meninggal Dunia.


Anggota Dewan Undangan Negeri Seri (ADUN) Setia Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia sebentar tadi.

Setiausaha Kanannya Zafrullah Aris berkata allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6:28 petang tadi di Hospital Putrajaya.

Zafrullah berkata, jenazah exco kerajaan Selangor itu akan dibawa pulang ke rumah di Desa Pinggiran Putra dan urusan pengebumian akan dilakukan esok.

“Semoga almarhum ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” kata Zafrullah.

Sebuah akhbar Cina kelmarin melaporkan Shaharuddin menghidap barah kolon.

Susulan kematian itu, pilihan raya kecil harus diadakan di kawasan itu.

Pada pilihan raya umum ke-14, Shahruddin menang besar dengan mendapat 29,250 undi.

Beliau mengalahkan calon BN Yusoff M Haniff yang memperoleh 9,878 undi, calon PAS dengan 4,563 undi dan calon bebas S Vigneswaran dengan 217 undi.

Sumber

Sunday, 29 July 2018

Anak Rosmah, Suami Naik Pelamin Buat Kali Kedua November Ini.


Setelah 11 tahun berkahwin, anak Datin Rosmah Mansor dan suaminya akan naik pelamin sekali lagi pada November ini.

Menantunya Datuk Fazley Yaakob berbuat demikian bagi meraikan keluarga dan rakan yang tidak sempat hadir pada 2007, lapor mStar Online.

“Insya-Allah perancangannya bulan November depan kerana kami bernikah pada 7 November, mungkin dalam minggu itu.

“Persiapan sudah dirancang atas kertas cuma belum secara fizikal.

“Tapi ia bergantung juga kepada jadual saya dan isteri serta selesaikan urusan anak-anak dulu,” kata penyanyi dan cef selebriti itu.

Perkahwinan Datin Azrene Soraya Abdul Aziz, anak daripada suami pertama Rosmah, dilaporkan tidak mendapat restu wanita tersebut.

Dalam beberapa isu politik nasional kemudiannya, Azrene juga pernah mengkritik secara terbuka Rosmah dan abangnya Riza Abdul Aziz.

Isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan anak lelakinya itu sering dikaitkan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kedua-duanya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bercakap kepada portal itu, Fazley juga mendedahkan majlis persandingan nanti untuk meraikan pengamal media yang tidak dapat hadir dulu.

“Dulu saya jemput 100 orang media ke majlis itu tapi lapan orang sahaja yang datang, malah ada yang datang itu diberhentikan kerja,” katanya.

Majlis itu juga janji yang pernah dibuat pada arwah bapanya Datuk Yaakob Mohammad, tambahnya, yang meninggal dua tahun lalu.


Pernah dilantik senator pada 2002, Yaakob juga bekas pegawai kerajaan yang dilantik setiausaha kerja Barisan Nasional antara 1991 hingga 2009.

Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata, yang berusia antara tujuh bulan hingga sembilan tahun.

Sumber

Saturday, 28 July 2018

Pelajar Berjaya Loloskan Diri Dari Penculik Van Putih.


Seorang pelajar perempuan di SMK Taman Universiti 2 di Skudai, Johor, mendakwa dirinya hampir diculik oleh individu yang tidak dikenali, namun berjaya meloloskan diri, lapor Oriental Daily.

Dalam kejadian pada 26 Julai 2018, Khamis, remaja terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan sebelum dihampiri sebuah van berwarna putih dan keluar seorang lelaki cuba menangkap dan memaksanya masuk ke dalam van.

Mangsa bagaimanapun berjaya meloloskan dirinya dan dalam pada itu juga, dia ternampak seorang perempuan kelihatan tidak sedarkan diri dalam kenderaan itu.

Mangsa segera berlari masuk ke sekolahnya semula dan memaklumkan kejadian itu kepada pihak sekolah sebelum membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh mangsa, suspek yang memandu van berwarna putih telah menghampirinya dan keluar seorang lelaki warga asing cuba menangkap mangsa, tetapi gagal.

Difahamkan, modus operandi suspek adalah menyasarkan golongan pelajar yang baru pulang selepas tamat sesi persekolahan.

Menurut laporan itu lagi, van yang digunakan suspek warga asing itu tidak menggunakan sebarang nombor pendaftaran, selain terdapat bau minyak tanah yang datang dari dalam kenderaan itu.

Polis kini sedang menyiasat kejadian itu di bawah Seksyen 363 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Sumber

Wednesday, 25 July 2018

Anggota Bomba Tak Sangka Anak Sendiri Rentung.


KUCHING: Luluh hati seorang bapa apabila menerima panggilan rakan setugasnya yang memaklumkan anak perempuannya terkorban dalam kebakaran di kuaters kediaman guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan, Mulu, pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan II Tiwi Nios, 53, berkata sepanjang tempoh perkhidmatannya, hampir setiap hari beliau menerima panggilan kecemasan terutamanya membabitkan kebakaran.

Namun, panggilan dari pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi, kira-kira jam 6 pagi tadi, hampir menyentap semangatnya.

“Saya tergamam seketika apabila diberitahu anak perempuan saya, Catherine Janet, yang terkorban dalam kejadian itu.

“Pada mulanya saya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang saya dengar, namun akhirnya saya menerima hakikat kerana selama ini saya sering melihat kejadian serupa dan tidak sangka ia berlaku terhadap anak saya pula,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Gambar yang diambil pada siang sebelum kejadian. Catherine (Paling Kiri)

Sebaik sahaja menerima maklumat itu, Tiwi yang bertugas di BBP Bau berusaha mendapatkan tiket penerbangan ke Miri untuk melihat sendiri keadaan anaknya yang rentung dalam kejadian itu.

Beliau berkata, Catherine, 25, anak keduanya itu adalah satu-satunya perempuan dari empat beradik.

“Anak saya itu baru sahaja balik semula ke sekolah tempatnya bertugas pada Jumaat lalu selepas beliau menyelesaikan urusan untuk menyambung pengajian pada peringkat Sarjana di Kota Samarahan.

“Sebelum balik ke Miri, beliau cukup ceria namun tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap,” katanya sambil memaklumkan anaknya itu baru dua tahun bertugas sebagai guru.

Catherine Janet Tiwi, 25, terkorban selepas terperangkap ketika cuba menyelamatkan rakan serumahnya.

Katanya, sebagai anak perempuan tunggal, Catherine memang cukup rapat serta manja dengan ibunya dan kira-kira jam 6 petang semalam, beliau menghubungi ibunya itu untuk bertanya khabar.

“Isteri saya kata, sepanjang perbualan mereka, Catherine kedengarannya cukup ceria dan bergurau dengan ibunya. Tak sangka, itulah perbualan terakhir mereka,” katanya.

Terperangkap ketika cuba menyelamatkan rakan serumah

Guru yang terkorban Catherine Janet Tiwi, 25 difahamkan terperangkap ketika cuba menyelamatkan rakan serumahnya.

Kakak kepada mangsa kebakaran yang terselamat Syuhadah Azhari.

Kakak kepada Syuhadah Azhari, 27, yang turut melecur 20 peratus di bahagian muka dan badan itu tersentuh apabila dimaklumkan mendiang terperangkap ketika cuba menyelamatkan adiknya itu.

“Mendiang pada awalnya sudah selamat keluar tetapi masuk semula untuk menyelamatkan adik, mengakibatkan dia yang terkorban,” katanya melalui catatan di laman Facebook (FB) miliknya.

Katanya, Catherine adalah rakan serumah adiknya yang amat baik.

“Adik selalu sering bercerita kebaikan mendiang Catherine kepada saya.

“Jasa Catherine akan kami kenang sampai bila-bila, tenanglah Catherine di sana,” katanya.

Monday, 23 July 2018

Langkah-langkah Mengurangkan Pencemaran Udara Geografi PT3 2018.


Berikut adalah contoh karangan langkah mengurangkan pencemaran udara bagi calon yang memilih tajuk pencemaran udara sebagai tajuk utama tugasan Geografi PT3. Markah untuk isi penting berserta huraian adalah sebanyak 20 Markah.

Langkah-langkah Mengurangkan Pencemaran Udara Geografi PT3 2018

Antara langkah utama pencemaran udara adalah menggunakan pengurangkan penggunaan kenderaan bermotor, kempen kesedaran alam sekitar, mengenakan undang-undang ketat terhadap inividu yang menyebabkan pencemaran udara dan melaksakan penanaman semula.

Berdasarkan kajian soal selidik di sekitar Kuala Lumpur, asap kenderaan merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara di ibu negara. Langkah terbaik ialah mengurang penggunaan kenderaan bermotor dan menggalakkan penggunaan kenderaan awam seperti LRT, bas, dan Komuter.

Pengurangan jumlah kenderaan bermakna pengurangan asap kenderaan dalam jumlah yang minima. Antara cara lain ialah menggalakkan mereka yang bekerja di tempat yang sama supaya berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Bagi mereka yang dekat dengan tempat kerja bolehlah berjalan kaki kerana selain meminimakan asap kenderaan, ia juga dapat menyihatkan tubuh badan. Langkah menggunakan kenderaan yang tidak mengeluarkan asap seperti basikal juga adalah digalakkan kerana ianya selain daripada mampu meminimakan asap kenderaan, kita juga dapat membuat aktiviti menyihatkan badan

Selain itu, pihak kerajaan harus memperkenalkan undang-undang alam sekitar yang lebih tegas. Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara mestilah mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Manakala, individu yang melakukan pembakaran terbuka wajib dikenakan kompaun atau penjara atau kedua-duanya sekali. Dengan undang-undang tersebut, orang ramai akan lebih peka dan akan lebih berwaspada terhadap isu pencemaran alam.

Disamping itu, pelaksanaan program kempen alam sekitar juga dapat meningkatkan kesedaran ramai terhadap kesan pencemaran udara.Kempen kesedaran ini mengajak rakyat meninggalkan sikap dan tabiat buruk tidak mementingkan kebersihan dengan menjadikan penjagaan alam sekitar sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka. Perlaksanaan kempen kesedaran dilakukan bagi menyemai rasa tanggungjawab masyarakat agar bekerjasama memelihara dan memulihara khazanah warisan negara. Perlaksanaan kempen kesedaran ini boleh diperbagaikan dengan pelbagai cara seperti program sukarelawan, ceramah mahupun edaran risalah disetiap rumah.

Program penanaman semula bertujuan untuk mengimbangkan ekosistem. Seperti sedia maklum, tumbuhan hijau dapat menghasilkan udara yang segar yang nyaman. Ini kerana, tumbuhan hijau dapat mengitar semula udara yang panas seperti karbon dioksida dan menghasilkan oksigen. Selain itu, oksigen juga adalah keperluan penting kepada manusia agar dapat bernafas dengan segar.

Jumlah Markah: 20 Markah

Kredit

Wednesday, 18 July 2018

Rahsia Wanita Yang Lahir Di Bulan Julai.


Adakah kamu mempunyai teman wanita atau isteri yang lahir di bulan Julai? Jika ya, maka boleh dikatakan kamu sangat beruntung. Kerana kononnya wanita yang dilahirkan di bulan ini mempunyai sifat dan watak yang sangat special...

Tidak percaya? Baca saja ulasan lengkapnya, dan padankan sama ada maklumat ini sesuai dengan keadaan teman wanita kamu. Ingat ya teman wanita kamu, bukannya teman wanita kepada teman kamu hehehe.

Rahsia Wanita Yang Lahir Di Bulan Julai

1. Perhatian

Mereka yang lahir di bulan Julai, umumnya mempunyai ciri-ciri dengan rasa kepedulian yang cukup tinggi. Selain itu, dia juga senang memikirkan pelbagai perkara yang berlaku dalam hidupnya. Inilah kenapa mereka cenderung bersikap lebih bijaksana.

Bukan hanya mampu bersikap bijaksana, namun dia yang lahir di bulan Julai biasanya mempunyai sikap dewasa bahkan lebih dari usianya.

2. Sayang Keluarga

Sikap positif yang ditunjukkan oleh dia yang lahir di bulan Julai adalah sikap pelindung pada keluarganya. Selain pada keluarga, sikap protektif juga mereka tunjukkan bagi mereka yang disayangi. Dia akan berusaha membuat orang yang dicintainya senang dengan banyak berbagai upaya.

3. Berbakat

Mereka yang lahir di bulan Julai umumnya adalah orang yang berbakat. Hanya sedikit orang, yang mampu menyamai bakat mereka dalam erti kata punya bakat istimewa. Mereka juga diketahui begitu cinta terhadap seni.

Selain berbakat, mereka juga senang akan hal yang baru seperti fotografi, kesenian ataupun menyanyi. Jika bakat yang mereka miliki disalurkan pada sebuah pekerjaan, hal ini tentu mampu menjadi passion penting tersendiri bagi mereka. Akibatnya, pekerjaan mereka pun akan memaparkan hasil yang cukup memuaskan.

4. Motivasi

Wanita kelahiran bulan Julai dikatakan juga mempunyai semangat atau motivasi yang cukup tinggi untuk meraih apa yang mereka inginkan. Mereka tidak memerlukan yang namanya motivasi luaran, wang ataupun status dalam mencapai kejayaan. Mereka lebih suka bergantung pada diri sendiri yakni faktor instrinsik seperti halnya aktualisasi diri.

5. Mudah Membuat Orang Jatuh Cinta

Mereka yang lahir di bulan Julai, biasanya mempunyai banyak peminat rahsia. Bukan tanpa alasan, namun daya tarikan mereka yang cukup kuat membuat banyak orang tertarik dengan mereka.

Bukan hanya popular di kalangan lawan jenis, namun mereka juga boleh merangkul banyak teman untuk mendekat dengannya. Hal ini kerana, sifat mereka yang mudah bergaul sehingga boleh menjadi seorang superstar dengan mudah di antara kawan-kawannya.

6. Tahu Cara Bahagia

Sifat dan watak wanita yang lahir pada bulan Julai, umumnya mampu mencipta bahagia, meski pun dengan cara yang boleh dikatakan sederhana. Bagi mereka, berehat sambil membaca buku atau mendengar muzik merupakan hal-hal simple yang mampu membuat mereka merasa senang.

7. Simpati

Rasa simpati, boleh dengan mudah mereka tunjukkan pada orang lain. Hal ini kerana, mereka mempunyai hati yang lembut. Mereka cenderung tidak boleh melihat orang lain berada di bawah tekanan atau dalam keadaan menderita.

Inilah kenapa, mereka yang lahir di bulan Julai bukan hanya mengejar tujuannya sendiri melainkan juga tetap berusaha membuat orang lain bahagia.

8. Perfeksionis

Sikap lain yang serupa dengan mereka yang lahir di bulan Julai, adalah sikap yang cenderung mengarah ke arah kesempurnaan. Mereka tidak akan berhenti melakukan suatu pekerjaan, jika pekerjaan tersebut belum juga membuahkan hasil yang membuat mereka puas.

Bagaimana menurut kamu ulasan di atas, apakah sama dengan keadaan pasangan kamu pada masa ini?